Euforia Bola 2026
Nur

Rasa Nak Nangis Tengok ‘Seat’ Motosikal Penuh Cakaran Kucing Jiran, UAI Kata WAJIB Ganti Rugi!

kucing jiran

Kucing jiran yang sering ‘menceroboh’ rumah boleh menimbulkan masalah, terutama apabila haiwan peliharaan itu merosakkan harta benda orang lain. Walaupun nampak comel, kucing boleh meninggalkan kesan calar pada perabot, kereta, motosikal, atau tanaman.

Sikap peka terhadap jiran dan komunikasi yang baik adalah kunci untuk menyelesaikan isu ini tanpa menimbulkan pertelingkahan.

Baca juga: Penting! Permohonan Visa Umrah Ditutup 19 Mac 2026, Ini Tarikh Masuk & Keluar Bakal Jemaah Perlu Tahu

KUCING JIRAN ROSAKKAN TEMPAT DUDUK MOTOSIKAL

kucing jiran

Baru-baru ini, seorang warga maya bertanya di Facebook Ustaz Azhar Idrus tentang kucing jirannya yang mencakar tempat duduk motosikal sehingga koyak. Di mana, pengadu tersebut ingin tahu sama ada pemilik kucing perlu membayar ganti rugi.

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan isu ini berpandukan nasihat Imam Nawawi dalam kitab Raudhah At-Talibin. Imam Nawawi menyebut:

وَلَوْ كَانَتْ لَهُ هِرَّةٌ مُفْسِدَةٌ تَأْخُذُ الطُّيُورَ وَتَفْتَحُ الْقُدُورَ أَوْ كَلْبٌ عَقُورٌ أَوْ دَابَّةٌ مَعْرُوفَةٌ بِالتَّعَدِّي يَجِبُ عَلَى صَاحِبِهَا رَبْطُهَا لَيْلًا كَانَ أَوْ نَهَارًا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ فَمَا أَتْلَفَتْ يَجِبُ عَلَيْهِ ضَمَانُهُ لِأَنَّهُ مُفَرِّطٌ بِتَرْكِ حِفْظِهَا

Artinya: “Dan kalau seorang itu mempunyai kucing yang melakukan kerosakan seperti menangkap burung-burung dan membuka bekas makanan atau anjing yang menggigit atau haiwan yang suka menceroboh maka wajib atas pemiliknya mengikatnya pada waktu malam atau siang. Maka jika dia tidak berbuat seperti itu maka apa sahaja yang dirosakkan oleh haiwannya itu nescaya wajib atas pemiliknya bayar ganti ruginya kerana dia cuai sebab tidak menjaga haiwannya itu.”

Baca juga: Fakta Menarik Tentang ‘Buraq’, Makhluk Istimewa Tunggangan Rasulullah SAW Semasa Israk Mikraj

kucing jiran

Gambar hiasan: Penulis

Kesimpulannya, pemilik kucing yang cuai menjaga haiwan peliharaannya wajib membayar ganti rugi jika kucing tersebut merosakkan harta orang lain, termasuk tempat duduk motosikal jiran.

Selain itu, pemilik rumah juga boleh mengambil langkah pencegahan seperti menutup tempat duduk motosikal atau menggunakan penutup khas untuk mengurangkan risiko calar. Sementara itu, bagi jiran yang mempunyai kucing peliharaan, tanggungjawab menjaga haiwan agar tidak merosakkan harta orang lain adalah wajib dari segi syariah dan adab hidu bertetangga.

Baca juga: Ustazah Asma’ Jelaskan Hukum Bersentuhan Bukan Mahram WALAU Berlapik, Jangan Ingat Semua Boleh Ya!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: Ustaz Azhar Idrus / penulis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×