Enam sekeluarga hilang termasuk seorang bayi berusia enam bulan selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga mereka sejak Sabtu lalu di Alor Setar.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berumur antara enam bulan hingga sembilan tahun.
Baca juga: Akibat Kecuaian Doktor, Jari Cucu Rosyam Nor Alami Cacat Kekal, “Boleh Tak Saya Nak Saman…”
ENAM SEKELUARGA HILANG, AHLI KELUARGA GAGAL HUBUNGI

Kehilangan itu hanya disedari oleh ahli keluarga apabila tidak kembali ke rumah di Jerlun selepas dikatakan bermalam di kediaman ahli keluarga di Taman Aman, Jitra.
Menurut adik kepada Mohd Azim, Nur Adliah Shuhada, berusia lingkungan 20-an, abangnya dan keluarga ada menginap di rumahnya seperti kebiasaan pada malam Jumaat.
“Saya sangka mereka sudah pulang ke Jerlun kerana abang biasanya keluar awal pagi untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala kakak ipar pula berniaga.
“Tapi bila ibu mentua abang hubungi saya dan beritahu mereka tak sampai ke rumah seperti dijadualkan, saya mula rasa tidak sedap hati dan cuba hubungi mereka, namun tiada jawapan,” katanya.
Difahamkan, anak sulung pasangan berkenaan yang berusia 12 tahun tidak ikut dan tinggal bersama nenek mereka di Jerlun.
Tambahnya lagi, dia kemudian menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Saga yang ditemui dalam Sungai Korok di Jitra, namun nombor pendaftaran tidak sepadan dengan milik abangnya.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jitra mengenai kehilangan misteri keluarga tersebut.
“Saya juga telah kongsikan berita kehilangan mereka di Facebook, namun setakat jam 10.30 malam ini, masih belum ada petunjuk mengenai keberadaan mereka,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan mengenai enam sekeluarga hilang berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.
Baca juga: Bermula 1 Julai, Semua Bank Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan Sebanyak 8%
Sumber: Astro Awani
