Euforia Bola 2026
Famili

Pelanggan Kecewa Beli Ayam Percik Dapat Tulang & Sisa, “Isi Pun Dah Habis Kena ‘Kikis’!”

tulang ayam

Isu tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang dijual peniaga, sering kali mencetuskan kemarahan pelanggan sehingga ditularkan di media massa. Seperti kali ini, seorang pelanggan berasa kecewa selepas membeli ayam percik di gerai kawasan perumahannya kerana kualiti yang diterima hanyalah tulang ayam dan sisa isi percik yang sedikit.

Melalui laporan Sinar Harian, seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas mendakwa membeli ayam percik di sebuah gerai di Taman Kerang, di sini, namun hanya menerima tulang dengan sisa isi yang sangat sedikit.

Baca juga: 2 Dekad Lelaki Ini Minum Air Manis, Kini Sehari WAJIB Telan 7 Pil & Ada Peluang Mati Andai Terlupa!

KECEWA DAPAT TULANG AYAM PERCIK & SISA ISI SEDIKIT

tulang ayam

Gambar Sinar Harian: Tangkap layar hantaran yang dibuat seorang pelanggan yang kecewa mendapat tulang selepas membeli ayam percik.

Seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas mendakwa membeli ayam percik di sebuah gerai di Taman Kerang, di sini, namun hanya menerima tulang dengan sisa isi yang sangat sedikit.

Dalam hantaran yang kini tular dengan lebih 700 reaksi, pelanggan itu berkongsi gambar ayam percik yang dibelinya pada harga RM7.

Bagaimanapun, keadaannya mengecewakan kerana hampir tiada isi yang boleh dimakan.

“Orang niaga, kau pun nak niaga. Orang jual RM6, kau jual RM7.

“Orang bagi ayam percik, kau bagi tulang percik. Isi pun habis dah kena ‘kikis’, @Taman Kerang,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Baca juga: Johan Tegur Pembantu Rumah Untuk Dahulukan Solat & Mengaji, Minta Tinggalkan Kerja

Reaksi warga maya yang turut sama kecewa dan marah! 

Situasi ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen yang rata marahkan dengan kualiti makanan yang diberikan peniaga tersebut.

Seorang pengguna, Muhammad Nabawi Mohammad mencadangkan agar pelanggan mengubah tempat pembelian sekiranya mendapat pengalaman buruk dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika peniaga masih berdegil.

“Jika peniaga degil, laporkan kepada jabatan kesihatan. Insya-ALLAH mereka akan saman,” katanya.

Sementara itu, Nor Azian Iskandar turut berkongsi pendapatnya dan bimbang tentang harga makanan yang semakin mahal tetapi kualitinya tidak sepadan.

“Ya ALLAH… RM7 gini ye. Takut pula kita nak cakap mahal, nanti orang suruh kita buat sendiri. Yelah, semua barang kan mahal,” katanya secara berseloroh.

Baca juga: Cukup Berbuka Begini Tak Perlu Hotel Mewah, ‘Guard’ Sekolah Bahagia Ditemani Isteri & 3 Anak!

Seorang lagi netizen, Nana Lot, mempersoalkan bagaimana pelanggan boleh tidak menyedari keadaan ayam tersebut ketika membelinya.

“Itu memang tulang ayam, takkan tak tengok masa beli,” katanya.

Dalam komen lain, Mohamad Azlan pula menyeru orang ramai agar memboikot gerai tersebut.

“Gilalah… apa nama gerai tu? Kita boikot terus. Buat niaya dekat orang,” tulisnya.

Isu ini mencetuskan gesaan agar masyarakat lebih berhati-hati ketika membeli makanan di bazar atau gerai.

Netizen turut berharap pihak berkuasa dapat melakukan pemantauan bagi memastikan harga dan kualiti makanan yang dijual di kawasan tersebut adalah berpatutan.

Baca juga: Suara Imam Tarawih Cecah Nilai 5 Angka, Masjid Terletak Di Kuala Krai Ini Jadi Buruan!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×