Euforia Bola 2026
Famili

Netizen Bengang 3 Remaja Beri Nasi Tulang Ayam Kepada Gelandangan, Walau Sekadar Eksperimen Sosial

tulang ayam

Tindakan tiga remaja memberikan tulang ayam bersama nasi kepada seorang gelandangan mencetuskan kemarahan ramai selepas video mereka tular di media sosial.

Ramai warga maya menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab dan tidak berperikemanusiaan, walaupun mereka kemudian tampil dengan penjelasan.

Baca juga: Keluarga Zara Dakwa Kertas Siasatan Kematian Ke Jabatan Peguam Negara TAK LENGKAP, Tampil Bukti Baharu!

3 REMAJA BERI GELANDANGAN NASI TULANG AYAM

tulang ayam

3 remaja menikmati hidangan ayam goreng sebelum meletakkan tulang dalam bungkusan nasi sebelum diberikan kepada seorang gelandangan.

Dalam rakaman asal, kelihatan tiga pemuda menikmati ayam goreng di sebuah restoran makanan segera sebelum salah seorang daripada mereka berkata:

“Tulang-tulang ni jangan buang. Sayang… boleh bagi orang yang memerlukan.”

Mereka kemudiannya mengumpulkan tulang ayam tersebut, mencampurkannya dengan nasi dan membungkus untuk diberikan kepada gelandangan serta anjing jalanan.

Perbuatan itu dianggap sesetengah pihak sebagai cubaan ‘kerja kebajikan’, tetapi majoriti mengecam tindakan yang dianggap menghina golongan susah.

Antara komen pedas yang ditinggalkan warga maya termasuk:

“Konten sampah, tak peduli lah sama ada anda telah rancang atau tak, tapi video begini menunjukkan seperti anda tidak menghormati orang miskin atau pengemis,” tulis pengguna Instagram @eda_mohd62.

“Sama ada berpakat atau tidak, saya tak nampak apa perkara baik dalam video ini. Semata-mata tiga orang seronok bergelak ketawa dan menghina gelandangan,” luah @eethengee.

Baca juga: Remaja Alami Kerosakan Otak Kekal & Terima RM4.1 Juta, Gara-Gara Kecuaian Perubatan Rumah Bersalin Swasta!

Selepas dikecam hebat, tiga individu terlibat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran video di Instagram pada Isnin. Menurutnya, video tersebut hanyalah satu eksperimen sosial yang dibuat dengan persetujuan gelandangan itu sendiri.

“Pada hari ini, saya ingin memberi penjelasan berkenaan insiden tulang ayam. Disebabkan video itu, orang ramai menyangka kami memberi makan tulang ayam kepada gelandangan tersebut.

“Kami tidak memberikan tulang ayam kepadanya untuk dimakan. Pada mulanya, kami mengikuti lelaki gelandangan itu. Ia satu rancangan pembikinan video, dan kami kemudiannya memberikan set lengkap nasi dan dua ketul ayam kepadanya,” jelas remaja tersebut.

Tambahnya, niat asal mereka adalah untuk memberi kesedaran masyarakat terhadap isu gelandangan dan bukan untuk menghina mana-mana pihak.

“Lelaki itu bersetuju dan kami berlakon bersama-sama, rakam video berkenaan dan memang betul-betul beri nasi lengkap dengan ayam, bukannya nasi bersama tulang ayam,” ujarnya.

Dia turut memohon masyarakat memberi peluang kedua kepada mereka.

“Kami harap anda memberi kami peluang yang lebih baik untuk membalas kepada masyarakat. Kami berjanji akan melakukan lebih banyak perkara baik, iaitu membantu gelandangan. Jadi, kami mohon maaf kepada semua,” katanya lagi.

Sehubungan itu, insiden tersebut turut mengundang perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung, yang memandang serius tindakan tidak sensitif berkenaan.

Beliau dilaporkan telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap pihak yang terlibat.

Menurutnya, tidak wajar sama sekali penderitaan golongan terpinggir dijadikan bahan jenaka atau hiburan atas nama ‘kebajikan’.

“Tidak salah menghasilkan kandungan kreatif, namun ia mesti seiring dengan etika dan empati terhadap manusia lain, lebih-lebih lagi apabila membabitkan kelompok yang tidak berupaya membela diri seperti gelandangan,” tegasnya.

Walaupun niat asal dikatakan mahu memberi kesedaran, majoriti warga maya berpandangan bahawa cara dan pendekatan yang dipilih remaja tersebut adalah tidak sensitif serta merendahkan martabat insan lain.

Baca juga: Ini Senarai Sekolah Pemulihan Akhlak Di Malaysia, Tak Semua Yang Masuk Juvana Terus Ke Penjara

Sumber: Kosmo! / Sinar Harian (1), (2) / Instagram @aluk_77

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×