Berbeza dengan sekolah aliran biasa yang memerlukan semua murid memakai kasut berwarna putih, sekolah integrasi aliran agama memerlukan semua murid untuk memakai kasut berwarna hitam. Mungkin sedikit sukar untuk mendapatkannya di pasaran menyebabkan ada kalangan mereka yang memakai kasut hitam sekolah yang lusuh.
Perkara ini mendapat perhatian dari Menteri Agama menerusi laman Tiktoknya, apabila memaparkan situasi sayu memberi bantuan kepada murid yang memerlukan kasut baharu.
Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) Diteruskan, Ini Tarikh & Cara Semak Untuk Dapat RM150
KASUT HITAM SEKOLAH MURID DAH LUSUH, MENTERI AGAMA HULUR DUIT MINTA BELI BARU

Dalam perkongsian video yang mendapat lebih 5.4 juta tontonan itu, Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar terus menghulurkan duit dan meminta seorang murid Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibn Abbas membeli kasut baharu.
Hal ini kerana, Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im telah melakukan ‘spot check’ di luar kelas dan sayu selepas lihat kasut murid itu sudah lusuh dan talinya telah terputus. Dapat dilihat beliau mengambil kasut murid tersebut dari rak kasut di luar sebelum membawanya ke dalam kelas dan bertanya ia milik siapa.
Susulan daripada itu, seorang murid telah tampil dan mereka sempat berbual sebelum Dr. Naim menghulurkan wang tunai kepadanya untuk memberi kasut baharu.
Dalam posting berkenaan, beliau telah meluahkan harapan agar pelajar berkenaan terus cemerlang dalam akademik dan menjadi anak yang soleh. Tindakan kecil ini mungkin nampak biasa, tetapi bagi murid tersebut pastinya memberi makna yang besar.
KASUT JENAMA MAHAL?
@dsdrnaim Replying to @shfatom60Sewaktu turun padang meninjau Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibn Abbas, saya lihat ada kasut seorang pelajar ini agak lusuh dan sudah terputus tali kasutnya. Saya beri duit kepada anakanda tersebut agar dibeli kasut baharu. Moga anakanda ini berjaya dalam pelajaran. Jadi anak soleh. #MenteriAgama #MalaysiaMadani #MadaniBekerja #KalimahTayyibah #KerajaanPerpaduan #PelanAlFalah #AlFalah ♬ A song with a moist and calm atmosphere(1013287) – inakome
Menjengah ke ruangan komen, sudah semestinya paparan ini mendapat pelbagai reaksi dari kalangan netizen. Seperti biasa ada yang memuji, ada yang mengutuk mengatakan tindakan tersebut hanya untuk tontonan ramai. Ada juga yang mengatakan bahawa kasut yang dimiliki oleh murid tersebut adalah kasut berjenama mahal dan mungkin dia datang dari keluarga berada.
Namun, rezekinya sudah ditulis Yang Maha Esa. Ada dalam kalangan netizen yang memberi nasihat supaya pandang situasi tersebut dari sudut positif. Ya, mungkin itu adalah kasut jenama mahal namun kebarangkalian untuk ibu bapanya beli dari jualan murah seperti ‘bundle’ adalah sangat tinggi. Tidak hairanlah kasut tersebut sudah kelihatan lusuh.
*Semoga lebih ramai dalam kalangan individu berpengaruh besar menghulurkan bantuan sebegini kepada yang memerlukan. Barulah semangat anak-anak nak belajar!
Baca juga: Tular Peniaga Jual Baju Sekolah 3 HELAI RM10 Dipuji Netizen, Kedai Diserbu Macam Pesta & ‘Sold Out’!
Sumber: Tiktok @dsdrnaim
