Sebelum ini, media melaporkan ada daun pulai di rongga tekak dan perut Zayn Rayyan Abdul Matiin. Terbaharu, ada sepasang kasut berlumpur ditemukan di sebelah peti ais kediaman kanak-kanak autisme berkenaan.
Asisten Superintendan, Mohd Hafizee Ismail menjelaskan bahawa beliau bersama pasukan bergerak ke rumah Zayn pada 10.30 malam, 7 Dis 2023, berikutan bedah siasat menemui terdapat unsur jenayah.
Baca juga: Budak Lelaki Autisme Hilang Dari Rumah, Hanya Anak Patung Yang Tinggal…
ADA KASUT BERLUMPUR DALAM RUMAH ZAYN RAYYAN

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) IPD Petaling Jaya mengarahkan beliau untuk membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Sebaik tiba di Apartment Idaman, saya bersama pasukan pergi ke rumah Zayn Rayyan iaitu di tingkat dua bersama-sama pasukan siasatan yang terdiri daripada pasukan Forensik D10 IPK Selangor dan menjalankan siasatan di dalam rumah mangsa,” jelasnya.
Ketika masuk ke dalam rumah, beliau ternampak sepasang kasut berwarna hitam yang mempunya kesan lumpur. Kasut tersebut diletakkan di sebelah peti ais di dalam bilik pertama di hadapan dapur.
“Semasa masuk ke dalam rumah, saya terlihat sepasang kasut warna hitam dan terdapat kesan lumpur di sebelah peti ais di dalam bilik pertama di hadapan dapur. Saya kemudian arahkan pihak forensik untuk membuat tandaan dan arahkan jurufoto untuk mengambil gambar kasut itu untuk siasatan saya,” katanya.
Hafizee sebelum ini ada menunjukkan kepada Dr Rohayu Shahar Adnan (perubatan perunding forensik) keadaan telinga kiri Zayn Rayyan seperti terkulai, lengan kanan terdapat kesan toreh, dan dubur terdapat kesan tusukan objek.
“Kesan kecederaan luka di bahagian telinga kiri, kesan lebam dan jerutan di bahagian leher, kesan luka seperti terhiris di bahagian lengan kanan, beberapa kesan kecederaan koyakan di bahagian dubur dipercayai menggunakan objek tumpul serta cebisan objek asing di dalam bronkus dan perut,” ujarnya.
Perbicaraan hari ke-17 di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh bersambung hari ini (Selasa)
Baca juga: Sehelai Daun Pokok Pulai Ditemui Di Saluran Bronkus Zayn Rayyan
Sumber: FMT
