Perkhidmatan Van Jenazah Melaka (VJM) menjadi perhatian ramai selepas tular dakwaan bahawa waris seorang kanak-kanak perempuan diminta membuat bayaran ‘infak’ walaupun pada awalnya dimaklumkan hal urus jenazah dilakukan secara percuma.
Kontroversi itu mula mendapat perhatian selepas satu pendedahan dibuat oleh aktivis sosial dan pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai, menerusi Facebook.
Baca juga: Mata Murid 7 Tahun Lebam, Guru Di Batu Pahat Didakwa Baling Pemadam Papan Putih
KARTEL URUS JENAZAH DI MELAKA HENTIKAN OPERASI SERTA-MERTA

Gambar: Facebook Mr Wan Cai Official
Waris dakwa dimaklumkan perkhidmatan percuma
Menurut hantaran tular itu, wakil VJM terbabit memaklumkan kepada waris ketika berada di hospital bahawa semua urusan pengurusan jenazah dilakukan secara percuma tanpa sebarang caj.
Bagaimanapun, kira-kira seminggu selepas pengebumian selesai, bapa kanak-kanak berusia 11 tahun itu didakwa menerima mesej yang meminta bayaran.
Apabila perkara tersebut dipersoalkan, bayaran berkenaan dikatakan sebagai infak atau sumbangan bagi menampung kos operasi. Namun, menurut dakwaan yang dikongsikan, jumlah bayaran yang diminta didakwa telah ditetapkan dan bukannya bergantung kepada kemampuan waris.
Perkara itu mengundang kritikan ramai kerana keluarga terbabit dikatakan masih berada dalam keadaan bersedih selepas kehilangan anak mereka.
Baca juga: Hasrat Bergelar Ayah Tak Kesampaian, Penjaga Gol Palestin Saleem Al-Ashqar Terkorban Dalam Serangan Di Gaza
VJM AKUI KESILAPAN, HENTI OPERASI SERTA-MERTA
Susulan isu yang tular, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem memaklumkan satu pertemuan telah diadakan bersama pihak VJM bagi mendapatkan penjelasan.
Menurut beliau, hasil semakan mendapati pihak berkenaan mengakui ada meminta bayaran daripada waris sebagai usaha menampung kos operasi.
Katanya lagi, selepas penelitian dibuat, pihak VJM menyatakan ada melakukan kesalahan ketika beroperasi dan mengakui kesalahan yang dilakukan oleh mereka.
Berikutan itu, Van Jenazah Melaka bersetuju menghentikan operasi perkhidmatan van jenazah mereka serta-merta.
Dalam kenyataan sama, Mohd Noor Helmy turut menjelaskan bahawa tiada pegawai perubatan forensik mahupun kakitangan rumah mayat di mana-mana hospital terlibat dalam operasi yang dijalankan oleh pihak VJM.
Penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai terhadap pihak hospital susulan isu yang sedang hangat diperkatakan.
Baca juga: Susulan Hujan Lebat Landa Phuket, Beberapa Jalan Raya Ditenggelami Air…Orang Ramai Diminta Bersedia

Gambar Facebook Mr Wan Cai Official: Nur Farisya Irdina, 11, meninggal dunia dalam tidur pada 13 Mac lalu.
Respons Wan Chai dan keluarga Allahyarhamah
Tidak lama selepas kenyataan ADUN Duyong itu dikeluarkan, Wan Chai sekali lagi memuat naik satu hantaran di Facebook yang mendedikasikan kepada anak syurga berkenaan.
Menurut beliau, Nur Farisya Irdina, 11, telah meninggal dunia dalam tidur pada 13 Mac 2026. Pemergiannya disahkan pada jam 5.59 petang. Hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan pembuluh darah di otak pecah.
Allahyarhamah yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam (Baharu) Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka.
Dalam hantaran sama, Wan Chai memaklumkan bapa kepada anak syurga itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu sehingga isu melibatkan kartel VJM berjaya didedahkan kepada umum.
“Asbab pemergian anak syurga Nur Farisya Irdina, kemungkaran yang dilakukan Kartel Van Jenazah Melaka terbongkar. Terima kasih dan tahniah kepada bapa arwah kerana berani dedahkan bukti kepada kami,” tulis Wan Chai.
Sumber: Facebook Mr Wan Chai (1) (2)/ Datuk Mohd Noor Helmy
FT Image: Facebook Mr Wan Chai
