Euforia Bola 2026
Nur

Ramai Baru Tahu Ada 6 Warna Kain Penutup Jenazah Di Masjidil Haram, Bukan Soal Darjat Tapi Ini Maksud Sebenar

kain penutup jenazah

Tahukah anda, kain penutup jenazah yang digunakan di Masjidil Haram hadir dalam pelbagai warna, masing-masing membawa maksud tersendiri dan memudahkan pengurusan jenazah.

Kain ini bukan kain kafan, yang sememangnya berwarna putih, sebaliknya hanya menutup jenazah selepas selesai dimandikan dan diuruskan oleh pihak berkenaan.

Baca juga: ‘Coach Cerai’ Dibimbangi Kelirukan Masyarakat, Mufti Wilayah & Menteri Agama Bersuara Redakan Kegusaran!

MAKSUD ENAM WARNA KAIN PENUTUP JENAZAH MASJIDIL HARAM

kain penutup jenazah

Gambar hiasan: Daily Umrah.

Meskipun warnanya berbeza, hakikatnya semua insan sama di sisi Allah SWT; yang dinilai ialah iman, amal dan keikhlasan hati. Berdasarkan sistem pengurusan di Masjidil Haram, enam warna kain penutup digunakan ialah:

  1. Putih: Jenazah yang meninggal dunia dalam keadaan ihram
  2. Coklat: Jenazah lelaki dewasa
  3. Hitam: Jenazah perempuan dewasa
  4. Hijau dan berbumbung: Jenazah kanak-kanak
  5. Biru: Jenazah yang diuruskan oleh pihak hospital
  6. Kuning: Jenazah individu berstatus khas seperti pemimpin atau tokoh tertentu

Info penting:

  • Warna kain penutup jenazah boleh berbeza daripada yang dinyatakan kerana ia bergantung kepada tempat dan pihak yang menguruskan pemandian jenazah.
  • Perbezaan yang paling ketara ialah jenazah kanak-kanak kebiasaannya mempunyai bumbung, manakala jenazah dewasa tidak berbumbung.

Baca juga: Tular Isu ‘Gender Reveal’ Di Depan Kaabah, JAKIM Ulas Tentang Adab Di Rumah Allah Untuk Manfaat Semua

kain penutup jenazah

Seorang pengguna Facebook di ruangan komen, Zul Yusoff, menjelaskan:

“Untuk pengurusan jenazah di Masjidil Haram kenapa berbeza-beza warna penutup (penutup saja tapi jenazah tetap kafan putih melainkan yang dalam ihram disemadikan dengan ihram juga putih):

  1. Sistem logistik: Jenazah datang dari pelbagai pusat pengurusan jenazah.
  2. Pengecaman keluarga atau waris: Dengan warna lebih mudah pengecaman kerana setiap waktu ada lebih 30 jenazah jika 1 warna akan jadi masalah.
  3. Tempat persemadian: Dengan warna itu membezakan jenazah kebumikan di Al Maala ataupun Al Saraya.

“Sistem ini cuma diaplikasikan di masjidil haram saja dan lebih kepada pengurusan persemadian bukan tentang kasta.

“Alhamdulillah wa syukrulillah ayah saya disemadikan di Al Saraya. Miss him so much.”

Sistem warna kain penutup ini memastikan jenazah dapat disemadikan dengan tertib, memudahkan pengecaman dan mengekalkan keberkesanan logistik di lokasi yang sentiasa sibuk seperti Masjidil Haram.

Baca juga: Haid Datang Tiba-Tiba Semasa Umrah, Wanita Ini Kongsi Ikhtiar Guna Kayu Sugi & Air Zamzam Yang 99% Menjadi!

Sumber: Facebook Akademi Mutawwif

FT Image: Facebook Akademi Mutawwif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×