Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Usia 1 Tahun Sudah Bertarung Kanser Buah Pinggang Tahap 3, Ibu Cekal Teman 15 Sesi Kemoterapi

kanser buah pinggang

Seorang bayi perempuan yang sebelum ini membesar dengan senyuman manis dan gelagat ceria, kini diuji dengan cabaran besar dalam hidup apabila disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap tiga.

Inilah kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu yang juga merupakan Content Creator di laman Instagram @fatin.hoppipolla tentang anaknya yang secara tiba-tiba disahkan menghidap penyakit digeruni ramai ini.

Baca juga: “Inilah Dunia Ainul Mardhiah Sekarang”- Dari Bayi Berjuang Melawan Kanser, Kini Ceria Menikmati Alam!

ANAK USIA SETAHUN HIDAP KANSER BUAH PINGGANG, 15 KALI KEMOTERAPI

kanser buah pinggang

Pada usia setahun, saat anak kecil lain sedang sibuk belajar bertatih tapi si comel Irsa Amaya diduga untuk berjuang menempuh rawatan medikal yang berat. Sehingga kini, dia telah melalui sebanyak 15 sesi kemoterapi untuk merawat kanser yang dihidapi.

Namun, insan paling kuat mengharungi ujian ini adalah ibunya sendiri, seorang wanita tabah yang tidak pernah lelah memberi semangat buat anak tersayang.

Ibu ini menceritakan kembali detik cemas ketika doktor mula mengesan sesuatu yang tidak normal selepas perut anaknya, Irsa, didapati semakin mengeras. Hasil imbasan CT mengesahkan kehadiran kanser, dan sejak itu perjalanan hidup si kecil berubah sepenuhnya.

RAMBUT HALUS GUGUR SEDIKIT DEMI SEDIKIT…

kanser buah pinggang

Irsa terpaksa menjalani rawatan berulang kali termasuk kemoterapi dan radioterapi yang mula memberi kesan fizikal. Paling menyayat hati, helaian rambut halusnya gugur sedikit demi sedikit akibat rawatan tersebut.

“Alhamdulillah, selepas sembilan kitaran, 15 sesi kemoterapi dan enam kali radioterapi, Irsa berjaya melaluinya. Insya-Allah, pada bulan Oktober nanti dia akan menjalani imbasan CT semula. Mohon semua doakan keputusan yang baik untuk Irsa.

Ya Allah, hapuskanlah segala sel kanser dalam tubuh Irsa Amaya Nadine dan jangan biarkan ia kembali lagi,” doa ibunya penuh pengharapan.

Kini, walaupun tubuhnya kecil, semangat Irsa tetap besar. Dia terus menjalani hari-harinya dengan ketabahan luar biasa, menjadi sumber kekuatan buat seluruh keluarga.

Walaupun perjalanan rawatan masih jauh, keyakinan sang ibu bahawa anaknya mampu melawan penyakit ini menjadi sinar harapan. Ditambah dengan doa, sokongan serta empati masyarakat, perjuangan melawan kanser ini terus disemarakkan dengan semangat dan kasih sayang yang tidak pernah putus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fatin Hoppipolla (@fatin.hoppipolla)

Baca juga: Anak Sihat & Ceria Ketika Dihantar Ke Rumah Pengasuh, Pulang Dengan Muka Penuh Berbirat Luka!

Sumber: Instagram @fatin.hoppipolla

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×