Euforia Bola 2026
Didik

Umur Baru 7 Tahun, Budak Genius Ini Dah Mula Belajar Kimia Di Universiti Terkemuka Singapura!

kanak kanak genius

Pada usia hanya tujuh tahun, seorang kanak kanak genius lelaki dari Singapura, Theodore Kwan, sudahpun mencipta kejutan apabila menghadiri kuliah kimia asas di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sebanyak tiga kali seminggu sejak Ogos lalu.

Ditemani ibu atau bapanya, Theodore hadir dengan penuh persiapan seperti membawa tablet, nota serta botol air, sambil mengikuti kuliah berdurasi antara satu hingga dua jam. Walaupun bukan pelajar berdaftar, dia diterima sebagai ‘tetamu khas’ oleh Pensyarah Kanan NTU, Dr Sumod Pullarkat.

Baca juga: Budak Genius Usia 12 Tahun Daftar Masuk Universiti Malaya, Cipta Sejarah & Digelar ‘Young Sheldon’!

KANAK KANAK GENIUS IQ SETINGGI 154, PECAH REKOD NEGARA!

kanak kanak genius

Foto: NTU

Dengan IQ setinggi 154, Theodore dianggap luar biasa dalam bidang akademik. Awal tahun ini, Theodore mencatat sejarah sebagai individu termuda di Singapura yang memperoleh gred A dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi mata pelajaran Kimia, peperiksaan setaraf O Level. Ketika itu, usianya baru enam tahun 10 bulan.

Selain itu, Theodore juga memegang lima rekod kebangsaan Singapura, antaranya peserta termuda yang berjaya mendapat markah penuh dalam Olimpik Sains.

Naib Presiden merangkap Provos NTU, Prof Christian Wolfrum, menyatakan bahawa universiti itu sentiasa terbuka menerima bakat luar biasa tanpa mengira usia.

THEODORE MEMANG DAHAGAKAN ILMU

kanak kanak genius

Foto: NTU

Menurut ibunya, Crystal Tang, yang kini sedang melanjutkan pengajian PhD di sekolah perubatan NTU, Theodore memang sangat dahagakan ilmu.

Theodore selalu meminta untuk belajar kimia pada tahap lebih tinggi. Kami amat berterima kasih kerana Dr Pullarkat memberi peluang kepadanya untuk mengikuti kuliah tanpa sebarang tekanan peperiksaan,” katanya.

Setiap hari Khamis, Theodore akan duduk di barisan hadapan bersama ‘rakan sekelas’ baharunya yang terdiri daripada mahasiswa NTU. Dengan sifatnya yang periang, dia juga tidak segan menjawab soalan pensyarah dengan penuh yakin sekali gus mencuri perhatian seluruh dewan kuliah.

Bagi Theodore, peluang menghadiri kuliah universiti pada usia semuda ini bagaikan impian yang menjadi kenyataan. Lebih manis, kehadirannya turut diraikan oleh para pelajar NTU yang lain, menjadikan pengalaman itu semakin bermakna untuk seorang genius kecil yang luar biasa.

@ntusg 👀 Am I in the wrong lecture hall? Here for a #chemistry lecture but who is this 👦🏻 7-year-old boy sitting in front of me, and who seems to already be vibing with valence electrons? What is he here for? 🧐 Find out in #NTUsg HEY! magazine. 🔗 Link in bio.👆 #heyNTU #NTUsgEducation #Education ♬ original sound – NTUsg

Baca juga: “Ini Genius!”- Adik Rayyan Usia 8 Tahun Dah Tahu Istilah Juta, Million, Quadrillion Hingga Novemtrigintilion!

Sumber: NTU

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×