Euforia Bola 2026
Famili

Genius Matematik Adi Putra Kini Bergelar Ayah, “Hadiah Paling Indah Hadir Pada Hari Lahir Sendiri..”

GENIUS MATEMATIK

Nama Adi Putra Abdul Ghani atau dikenali sebagai budak genius Matematik sebelum ini pernah menjadi bualan ramai kerana kebijaksanaannya yang luar biasa dalam bidang Matematik sejak usia kanak-kanak lagi.

Keupayaannya menyelesaikan soalan kompleks pada usia muda menjadikan dia antara individu yang pernah mencetus fenomena dan membanggakan negara.

Baca juga: Bayi Berat Hampir 5Kg Selamat Dilahirkan, Petugas Hospital Berlari Nak Lihat Kecomelan Si Kecil!

‘BUDAK’ GENIUS MATEMATIK, ADI PUTRA KINI BERGELAR BAPA

GENIUS MATEMATIK

Kini, figura yang pernah digelar budak genius Matematik itu melangkah ke fasa kehidupan yang jauh lebih bermakna, menjadi seorang ayah.

Menerusi satu perkongsian penuh rasa syukur, Adi Putra memaklumkan bahawa pada 27 Januari lalu, bertepatan dengan ulang tahun kelahirannya, dia menerima hadiah paling indah dalam hidupnya iaitu kelahiran puteri tercinta, Anais.

“Terima kasih Ya Allah. Tepat pada 27 Januari tanggal kelahiran ku tahun ini, Kau berikan hadiah yang terindah buatku. Suatu permata untuk menyeri & mencahyai hidupku. Sesungguhnya, tiada hadiah yang lebih sempurna selain kurniaan-Mu ini. Selamat datang puteri ku, Anais,” luahnya.

GENIUS MATEMATIK

Kelahiran Anais pada tarikh yang sama dengan ulang tahun kelahiran Adi sendiri menjadikan momen tersebut lebih simbolik dan penuh makna. Ia bukan sekadar sambutan hari lahir, tetapi detik yang mengubah seluruh perjalanan hidupnya sebagai seorang lelaki dan kini seorang ayah.

Ramai yang turut menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar Anais membesar menjadi anak yang solehah serta membahagiakan kedua ibu bapanya.

Tahniah diucapkan buat Adi Putra dan pasangan!

Baca juga: Berbuka Puasa Makan Kuih & Air Dulu Sebenarnya SALAH! Kena Ikut Urutan ‘F.P.C’ Ini Baru Betul

Sumber: Instagram Adiputraag

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×