Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Kongsi Video Anak Kira Duit Syiling Nak Beli Barang Sekolah, Kamal Adli Tersentuh & Bantu Hulur RM100…

hulur bantuan

Pelakon Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila tampil hulur bantuan kepada seorang ibu yang berkongsi kisah menyayat hati mengenai anak lelakinya menerusi media sosial.

Perkongsian wanita berkenaan menjadi tular selepas dia meluahkan rasa sedih melihat anaknya yang masih kecil namun sudah memahami keadaan kewangan keluarga.

Baca juga: Suri Rumah Dedah Derita Hidup Sebagai Mangsa Asap Rokok Pasif, “Nasihat Saya Tolong Jauhi Perokok…”

IBU KONGSI ANAK KIRA DUIT, KAMAL ADLI HULUR BANTUAN RM100

HULUR BANTUAN

Menurut wanita itu, anak lelakinya sebelum ini teringin menikmati nasi ayam, namun permintaan tersebut tidak dapat ditunaikan kerana dia tidak mempunyai wang.

“Abang memang tak pernah nak susahkan mak. Semalam dia minta nasi ayam, tapi mak terpaksa cakap tak ada duit.

“Pagi ni, tanpa minta atau tanya apa-apa lagi, mak tengok dia tengah sibuk kira duit syiling sendiri. Bila tanya, rupa-rupanya dia nak guna untuk beli barang projek sekolah hari ni,” luah wanita berkenaan.

Perkongsian penuh emosi itu turut diselitkan dengan permohonan maaf seorang ibu kepada anaknya kerana gagal memenuhi keinginan si kecil, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan simpati terhadap nasib keluarga berkenaan, malah ramai yang tersentuh dengan sikap matang dan pengorbanan anak kecil itu.

HULUR BANTUAN

Kisah tersebut kemudian sampai kepada pengetahuan Kamal Adli yang dipercayai tidak menunggu lama untuk tampil membantu.

Pelakon berkenaan dikatakan menghulurkan sumbangan sebanyak RM100 kepada budak lelaki itu sebagai tanda prihatin terhadap situasi yang dihadapi keluarga tersebut.

Tindakan Kamal itu menerima pujian ramai netizen yang menyifatkan dirinya sebagai seorang selebriti yang sentiasa cakna dan ringan tangan dalam membantu mereka yang memerlukan.

Baca juga: “Layan Macam Anak Sendiri”- Bukan Sekadar Pengasuh, Setiap Hari Wanita Ini Masak Menu Sedap Sedap Untuk Anak Asuhan

Sumber: Threads 94Hanaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×