Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Isu Beza Tarikh Akad Uqasha Senrose Di Sijil Nikah Mungkin Teknikal, Mufti Terengganu Jelas Perkahwinan Masih SAH

akad nikah

Selepas mengejutkan peminat dengan berita memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Kamal Adli, pelakon terkenal Uqasha Senrose tampil membuat pendedahan mengejutkan berkaitan tarikh sebenar akad nikah.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen mendakwa wujud perbezaan antara tarikh majlis akad nikah yang diketahuinya dengan tarikh tercatat dalam sijil nikah rasmi. Aneh?

Baca juga: Pengantin Lelaki Sebut ‘Aku Terima’ Sahaja Semasa Akad Nikah, Sah Atau Tak?

UQASHA CAKAP TARIKH DIA AKAD NIKAH LAIN, TARIKH DALAM SIJIL NIKAH LAIN

akad nikah

Hantaran yang sempat dibaca dan mencetuskan kerisauan ramai.

“ALLAH Maha Besar. MasyaALLAH, satu lagi masalah. Aku dinikahkan pada 5 November 2021 jam 9 pagi — itu yang aku tahu.
Tapi dalam sijil nikah, tertulis 4 November 2021 jam 9.30 malam tanpa pengetahuan aku. Allahuakhbar… adakah sah perkahwinan ini?” tulisnya di sebuah posting Instagram namun sudah dipadam.

Pelakon drama popular itu turut mendakwa keluarganya telah dimanipulasi, termasuk bapanya yang berperanan sebagai wali ketika majlis akad.

“Selama ini aku diperbodohkan seluruh keluarganya dan bapa saya dimanipulasikan oleh dia serta keluarganya untuk kata sah sebab dah ada wali,” katanya lagi.

Ibu kepada seorang anak itu kemudian memohon pandangan daripada ustaz dan ustazah berhubung kesahihan perkahwinannya.

“Tanpa pengetahuan bakal isteri, sah ke? Cukup ke syarat sah kahwin? Ustaz dan ustazah, mohon bantu saya,” rayunya.

Sebelum ini, Uqasha telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pelakon Kamal Adli, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu. Kes berkenaan dijadualkan untuk disambung semula pada 28 Oktober ini.

Mufti Terengganu Beri Penjelasan, Perkahwinan Masih Sah Jika Rukun Dipenuhi

akad nikah

Foto semasa nikah.

Mengulas isu berkenaan, Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron menjelaskan bahawa perbezaan tarikh dalam sijil nikah tidak menjejaskan kesahihan akad selagi semua rukun dan syarat perkahwinan Islam dipenuhi.

“Perkahwinan itu tetap sah sekiranya pada tarikh sebenar akad, semua rukun dan syaratnya cukup — termasuk adanya wali, saksi serta lafaz ijab kabul yang sah,” katanya.

Menurut beliau lagi, perbezaan tarikh mungkin berpunca daripada kesilapan teknikal semasa proses pendaftaran dan perkara itu boleh diperbetulkan di pejabat agama pada bila-bila masa.

“Tak ada masalah sebab dokumen tersebut hanya sebagai rekod dan bukti sokongan kepada perkahwinan,” jelasnya.

Beliau turut menambah bahawa dalam Islam, akad nikah adalah asas utama kesahihan sesebuah perkahwinan, manakala sijil atau dokumen rasmi hanyalah urusan pentadbiran moden. Hal ini kerana, pada zaman dahulu pun orang berkahwin tanpa dokmen rasmi dan masih sah apabila ada wali dan saksi.

“Sijil hari ini cuma berfungsi sebagai bukti bertulis untuk urusan pentadbiran,” ujarnya.

*Kesimpulannya, isu yang dibangkitkan oleh Uqasha Senrose ini membuka perbincangan penting tentang kejelasan proses akad nikah dan ketelusan pendaftaran rasmi perkahwinan. Apa pun, menurut pandangan agama, kesahihan akad tetap bergantung kepada rukun nikah, bukan pada tarikh atau catatan dalam sijil semata-mata.

Semoga dipermudahkan urusan Uqasha dan Kamal dan kalau boleh, berbaik semula demi anak…

Baca juga: Tok Kadi Buat Lawak Tak Kena Tempat, Cakap Dekat Pengantin Perempuan “Kalau Cerai, Jangan Risau, Ada Yang Tunggu”

Sumber: Instagram @uqashasenrose2, Majoriti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×