Dalam dunia moden yang serba canggih hari ini, masih ada segelintir masyarakat yang percaya pada petua tradisional pelik sebagai kaedah rawatan kanser dan penyakit serius lain.
Dari air rebusan paku hinggalah najis burung merpati, kaedah ini dianggap sebagai ‘ubat mujarab’ oleh sesetengah pihak, walaupun keberkesanannya tidak pernah dibuktikan secara saintifik. Risau!
Baca juga: 8 Jenis Buah ‘Ajaib’ Bantu Turunkan Berat Badan Secara Semula Jadi, Sebulan Dah Nampak Hasil!
KAEDAH RAWATAN KANSER PELIK, SIAP MINUM AIR REBUSAN PAKU!

Foto: freepik
Mungkin kedengaran aneh, tapi minum air rebusan paku dan menggunakan najis burung merpati sebagai penawar kanser merupakan antara amalan tradisional yang masih boleh ditemui dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini kerana, ada yang begitu taksub dengan rawatan alternatif tanpa menggunakan rawatan pakar terlebih dahulu.
Presiden Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN), Maznah Tayib, mendedahkan bahawa kepercayaan terhadap petua lama ini masih kuat, khususnya dalam kalangan pesakit yang baru didiagnosis pada peringkat awal.
“Ramai yang memilih jalan alternatif dahulu kerana percaya ia lebih selamat atau cepat berkesan. Tetapi apabila kanser sudah merebak ke tahap serius, barulah mereka mencari rawatan moden..” katanya.
“Malangnya, ketika itu rawatan hospital seperti kemoterapi atau pembedahan tidak lagi dapat memberikan hasil yang optimum,” jelasnya lagi.
Fenomena ini menunjukkan betapa pentingnya kesedaran masyarakat tentang keberkesanan rawatan moden yang telah terbukti secara saintifik berbanding bergantung sepenuhnya kepada kaedah tradisional yang berisiko.

Foto: freepik
*Jangan terlampau taksub ya!
Baca juga: “Rupanya Aku Autistik”- Wanita Kongsi Perjalanan Disahkan Autism Dewasa Yang Tak Nampak Pada Luaran
Sumber: Berita Harian
