Euforia Bola 2026
40 Minggu

Bertambah Seorang Lagi Umat Rasulullah SAW, Johan Tilawah Al-Quran Farhatul Fairuzah Kini Bergelar Ibu

tilawah al quran

Pendakwah muda dan johan qariah Tilawah Al Quran Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah Mohd Shidi berkongsi berita gembira apabila beliau selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Selasa, 3 September 2025.

Farhatul, atau lebih mesra dipanggil Farha, mengumumkan kelahiran puteranya itu melalui satu hantaran penuh syukur di laman Instagram miliknya.

Baca juga: Wanita Hamil Buat Follow-Up Scan Tapi Doktor Tak Jumpa Kepala Bayi, Kes ‘Rare’ 6 Dalam 100,000 Kelahiran

JOHAN TILAWAH AL QURAN ANTARABANGSA, FARHATUL FAIRUZAH SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI

tilawah al quran

Foto: Instagram

Farha dikenali dengan mempunyai suara yang merdu semasa mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan turut menyampaikan dakwah kepada orang ramai. Setelah bertarung selama 8 jam, lahirlah seorang lagi umat Rasulullah SAW dari seorang ibu yang hebat juga.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Farha telah selamat melahirkan anak lelaki pertama pada 9 Rabiulawal 1447H, bersamaan 2 September 2025. Bertambah seorang lagi umat Rasulullah SAW pada bulan yang penuh keberkatan ini.

Doakan semoga anak ini membesar menjadi insan soleh, taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, serta menjadi asbab untuk manusia lebih mencintai Allah dan Rasul. Doakan juga agar Farha dan suami mampu menjaga amanah ini sebaik mungkin. Amin,” tulisnya.

Kelahiran bayi lelaki ini melengkapkan rumah tangga Farha bersama suaminya, Mohammad Ilham Amri, seorang mutawif di syarikat pelancongan dan umrah terkemuka. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Bagi yang mungkin tidak mengenali sosok wanita ini, Farha bukanlah nama asing dalam dunia seni bacaan Al-Quran. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan al-Sunnah ini pernah mencatat sejarah sebagai qariah termuda menjuarai Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan selama empat tahun berturut-turut (2014 – 2017) sebelum mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa.

Selain itu, beliau turut menerima tauliah daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengajar bidang Al-Quran bagi kategori kanak-kanak dan dewasa, sekali gus meneruskan dakwah melalui alunan kalamullah.

Kini, perjalanan hidup Farha bertambah indah dengan kehadiran zuriat pertama yang menjadi penyeri rumah tangga serta amanah besar untuk dipikul. Tahniah kami ucapkan!

tilawah al quran

Baca juga: Petua Dapat Zuriat Dengan Mandi Hujan, Pasangan Romantis Ini Mencuba Nasib

Sumber: Instagram @farhatulfairuzah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×