Euforia Bola 2026
Inspirasi

Hasil Didikan Ayah Sejak Kecil, Pelajar USIM Rangkul Johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan

tilawah al quran

Tilawah al Quran bukan sekadar alunan suara yang merdu, tetapi satu seni bacaan yang menuntut ketelitian, disiplin dan jiwa yang dekat dengan kalam Ilahi.

Bagi seorang anak muda ini, segalanya bermula dari rumah sendiri apabila dia dididik secara langsung oleh ayahnya dengan penekanan yang cukup mendalam terhadap tajwid, makraj dan keindahan sebutan huruf.

Baca juga: Nenek Tinggal RM206 Lepas Terlanggar Kereta, Tindakan Pemuda Ini Pulangkan Semula & Tambah Wang Undang Sebak

PELAJAR USIM JOHAN QARI TILAWAH AL QURAN KEBANGSAAN

Tilawah Al Quran

Kredit: Sinar Bestari

Itulah kisah yang dikongsikan oleh Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali, 25, yang kini mencuri perhatian ramai selepas dinobatkan sebagai Johan Qari bagi kategori Tilawah Al-Quran sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M yang berlangsung di Terengganu baru-baru ini.

Lebih membanggakan, anak kelahiran Perak ini bukan sahaja mencipta kejayaan peribadi, malah turut mengangkat nama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), tempat dia menuntut dalam jurusan al-Quran dan Sunnah.

Menurutnya, kemenangan tersebut hadir tanpa diduga memandangkan saingan yang amat sengit, apatah lagi ini merupakan pengalaman pertamanya beraksi di pentas kebangsaan.

Namun, dia percaya ini adalah rezeki yang telah ditentukan dan berazam untuk memberikan persembahan terbaik sekiranya diberi peluang ke peringkat antarabangsa.

Mengimbas kembali detik awal kecintaannya terhadap al-Quran, Cik Hasnul Taqiyuddin berkongsi bahawa suasana di rumah banyak mempengaruhi dirinya.

Tilawah Al Quran

Amalan ayah yang sering membaca surah al-Mulk setiap malam secara tidak langsung telah melekat dalam ingatannya, malah pemuda ini turut menghafalnya sedikit demi sedikit tanpa paksaan.

Sokongan ibu bapa terus menjadi pemangkin apabila dia mula menyertai pertandingan tilawah sejak di bangku sekolah rendah. Dari situlah langkahnya dalam dunia tilawah semakin berkembang hingga berjaya melakar pencapaian membanggakan hari ini.

Kisah ini menjadi bukti bahawa asas didikan keluarga, minat yang dipupuk sejak kecil serta usaha yang konsisten mampu membuka jalan kepada kejayaan yang luar biasa, sekali gus menjadi inspirasi buat generasi muda untuk terus mendekati dan mencintai al-Quran.

Baca juga: “Satu Perkataan Pun Besar Maknanya” – Azza Elite Kongsi Detik Anak Panggil ‘Mummy’ Selepas Bertahun Tunggu

Sumber: Sinar Bestari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×