Euforia Bola 2026
Famili

Johan Tegur Pembantu Rumah Untuk Dahulukan Solat & Mengaji, Minta Tinggalkan Kerja

pembantu rumah

Kehidupan pasangan selebriti popular Johan dan Ozlynn, sememangnya diketahui umum yang begitu menitikberatkan ilmu agama kepada anak-anak. Namun, perkongsian terbaru Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty di laman TikTok baru-baru ini, berkenaan pembantu rumah mereka telah menarik perhatian ramai.

Video tersebut memaparkan suaminya, Johan yang merupakan penyampai radio dan juga pelawak itu mengingatkan pembantu rumah mereka untuk mencari masa membaca al-Quran. Di mana, ibadah seperti mengaji dan solat berjemaah bersama keluarga sering ditekankan oleh pasangan suami isteri ini.

Baca juga: Cukup Berbuka Begini Tak Perlu Hotel Mewah, ‘Guard’ Sekolah Bahagia Ditemani Isteri & 3 Anak!

PEMBANTU RUMAH DITEGUR JOHAN UNTUK MENGAJI & SOLAT

pembantu rumah

Gambar: TikTok @jozlynnhanania_

“Quran jangan lupa. Takkan setiap masa saya dan Maam (Ozlynn) nak ingatkan. Bila saya panggil semua jemaah, harus tinggalkan semua kerja yang kamu tengah buat.

“Solat dulu, saya tak mahu di akhirat nanti helper (pembantu rumah) cakap sibuk kerja sampai tak sempat solat dan mengaji. Kalau tak sempat mengaji, tolong cari ruang,” tulis Ozlynn di ruangan kapsyen.

Baca juga: Bantu Rakan OKU Ikut Serta Merentas Desa, Murid Lelaki Tolak ‘Wheelchair’ Sambil Tersenyum!

Baca juga: Anak Dara Aziz M Osman, Ara 14 Tahun Bakal Masuk Universiti Bidang Psikologi Tahun Depan!

Johan seorang majikan yang baik

Pada masa yang sama, Ozlynn juga sempat memuji suaminya itu sebagai majikan yang baik.

“Saya tak nak di akhirat nanti kamu bilang sibuk kerja dengan saya sampai tak sempat solat dan mengaji Quran..saya tak mahu di tuntut esok.

“Kalau mengaji tak faham, tanya Maam. Kalau Maam tak tahu, baru Maam akan tanya saya.

“Macam itu lah nasihat Johan pada pembantu. Bos yang paling susah nak marah. Tapi kalau dia marah pasti satu rumah gerun.

“Itu lah momen dengan helper, aku boleh cakap dia bos yang baik,” tulis Ozlynn lagi.

@jozlynnhanania_

Dia bebel kat helper.. kerja2.. Quran jangan lupa.. x kan setiap masa sya dgn maam nak ingatkan.. bila sya panggil semua jemaah harus tinggalkan semua kerja yg kamu tgh buat.. Solat dulu.. bila sya cakap semua mengaji makna berhenti setiap kerja dan mengaji.. kalau kamu x sempat nak mengaji sama tlg carik ruang.. sya xnak di akhirat nnt kamu bilang sibuk kerja dgn sya smp x sempat solat dan mengaji quran.. sya x mahu di tuntut ESOK.. kalau mengaji x paham makna tanya maam.. kalau maam x tahu baru maam akan tanya sya.. haaaaa gitu la kalau dia nasihat semua helper dia.. boss yg paling susah nak marah.. tp kalau dia marah pasti satu umah gerun.. akan ingat la gegaran hamukan dia.. satu taman boleh tau dia naik hantu.. 😂😂 tu la moment dgn helper.. aku boleh ckp dia boss yg baik #johanania #familyhanania #johanohjohan #helper

♬ original sound – JozlynnHanania_ – JozlynnHanania_

Baca juga: Doktor Ini Hasrat Awalnya Nak Ada Lesen Ambulans Sahaja, Tapi Kini Sudah Ada 10 Lesen JPJ!

Sumber: TikTok @jozlynnhanania_

FT Image: Instagram @jozlynnhanania / Instagram @jozlynnhanania

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×