Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Bila Keluar Rumah, Saya Bawa Separuh Maruah Ozlynn” – Johan Kongsi Prinsip Hidup Berumah Tangga, Baru Bahagia!

jaga maruah

Jawapan pelawak, pelakon, penyampai radio dan usahawan, Johan, dalam rancangan bual bicara Nona di TV3 baru-baru ini menyentuh hati penonton. Hal ini kerana dia ada berkongsi pandangan tentang tanggungjawab suami isteri tentang jaga maruah pasangan.

Walaupun dikenali dengan karakter yang gemar berjenaka, Johan tampil dengan perkongsian yang cukup mendalam dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Baca juga: Jangan Sesekali ‘Bersama’ Depan Anak Walau Si Kecil Tidur, Masuk Dalam Memori Anak Boleh Jadi Trauma!

“SETIAP KALI KELUAR, SAYA BAWA & JAGA MARUAH PASANGAN” – JOHAN

JAGA MARUAH

“Bila saya keluar, saya bawa diri dan separuh tu maruah isteri saya. Macam tu juga bila Ozlynn keluar, dia bawa diri dia dan separuh maruah saya,” jelasnya.

Ungkapan ringkas itu dianggap sarat dengan makna, terutama dalam konteks kehidupan berumahtangga. Ramai berpandangan bahawa selepas berkahwin, setiap tindakan, percakapan dan tingkah laku bukan lagi mewakili diri sendiri semata-mata, sebaliknya turut mencerminkan pasangan.

Perkongsian tersebut turut mengingatkan bahawa ada dalam kalangan suami isteri yang mungkin terlupa hakikat bahawa mereka sentiasa membawa bersama maruah pasangan ke mana sahaja pergi.

Selain itu, Johan juga berkongsi tentang amalan solat berjemaah bersama isteri tercinta, Ozlynn Wati. Menurutnya, jika berlaku perselisihan faham, mereka akan tetap menunaikan solat berjemaah, dan selepas memberi salam, masing-masing akan saling bermaafan.

Malah, secara berseloroh dia menyatakan jika berlaku pertelingkahan pada waktu malam, mereka perlu menunggu sehingga Subuh untuk berdamai ketika solat berjemaah.

jaga maruah

Perkongsian itu mengundang rasa sebak dan kagum dalam kalangan penonton yang menyifatkannya sebagai contoh pasangan yang sentiasa berusaha menjaga keharmonian rumah tangga berlandaskan agama.

Semoga nilai saling menjaga maruah, memperbaiki hubungan melalui solat dan memohon maaf tanpa ego ini dapat menjadi inspirasi kepada pasangan lain dalam membina keluarga yang diberkati.

Untuk rekod, Johan berkahwin dengan Ozlynn pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata.

Baca juga: Sambut Kepulangan Suami PJJ Dengan Makan Pil Tahan Period, Hukumnya Harus Atau Sebaliknya?

Sumber: Threads namasayamuci

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×