Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Kenapa Suami Ada Sindrom ‘Isteri Suci Tapi Skandal Seksi’? Pedih Tapi Realiti, Wanita… Ini Bukan Salah Anda!

jaga maruah

Dalam sesetengah rumah tangga, ada wanita yang sering diingatkan oleh suami supaya jaga maruah, tidak terlalu berhias, tidak keluar selalu, tidak bekerja atau tidak menonjolkan diri. Alasannya kononnya untuk menjaga maruah, tanda sayang, atau takut isteri menjadi perhatian lelaki lain.

Namun yang pelik, ada juga lelaki yang dalam diam mencari perempuan lain yang sangat berbeza daripada isteri sendiri. Perempuan yang bergaya, berhias, atau berpenampilan menarik, perkara yang sebelum ini dia sendiri larang atau kritik pada isterinya.

Baca juga: 8 Tanda Suami Sayang Isteri, Dengan Cara Yang Unik & Tersendiri

ISTERI KENA JAGA MARUAH, SUAMI PANDANG PEREMPUAN LAIN 

jaga maruah

Foto: Facebook Public Health Malaysia

Situasi ini membuatkan ramai wanita tertanya-tanya. kenapa ada lelaki yang bersikap double standard seperti ini? Dalam psikologi, keadaan ini sebenarnya boleh dijelaskan melalui beberapa perkara.

1. Suka Mengawal Pasangan, Suruh Jaga Maruah

jaga maruah

Foto: Gemini AI

Ada lelaki yang rasa lebih selamat apabila pasangan mereka mudah dikawal. Sebab itu mereka mahu isteri jadi lebih pendiam, tidak terlalu menonjol, dan sentiasa patuh.

Bila isteri terlalu berdikari atau yakin dengan diri sendiri, mereka mungkin rasa terancam. Jadi mereka cuba mengehadkan pergerakan atau kebebasan isteri supaya masih boleh mengawal keadaan.

Dalam masa yang sama, wanita lain pula dilihat hanya sebagai hiburan atau untuk memuaskan ego.

2. Cara Berfikir Yang “Terbahagi Dua”

jaga maruah

Foto: Gemini AI

Dalam psikologi, ada konsep yang dipanggil Madonna–Whore Complex. Maksudnya, seseorang lelaki melihat wanita dalam dua kategori yang sangat berbeza.

  • Satu kategori ialah isteri yang dianggap perlu sopan, suci dan menjaga imej keluarga.
  • Kategori kedua pula ialah wanita lain ialah tempat untuk fantasi, keseronokan atau keterujaan.

Masalahnya, cara berfikir ini gagal melihat wanita sebagai manusia yang lengkap. Hakikatnya seorang wanita boleh menjadi baik, bermaruah, menarik dan yakin pada masa yang sama.

3. Rasa Tidak Yakin Dengan Diri Sendiri

jaga maruah

Foto: Gemini AI

Kadangkala sikap mengawal pasangan sebenarnya berpunca daripada rasa tidak yakin. Ada lelaki yang takut jika isteri semakin yakin dengan diri sendiri, mereka mungkin tidak lagi bergantung kepadanya.

Disebabkan itu, ada yang cuba “mengehadkan” potensi isteri dari awal. Mereka takut kehilangan kuasa dalam hubungan rumah tangga.

Wanita…Bukan Salah Anda!

Apabila suami atau pasangan berlaku curang, ia tidak semestinya bermaksud wanita itu tidak cukup baik atau tidak cukup cantik.

Selalunya, perkara itu lebih menggambarkan masalah dalam diri lelaki tersebut seperti ego, kelemahan emosi atau cara berfikir yang tidak matang dalam hubungan. Hubungan yang sihat sepatutnya dibina atas rasa hormat, kepercayaan dan sokongan antara satu sama lain.

Sikap double standard dalam hubungan boleh berlaku kerana keinginan mengawal pasangan, cara berfikir yang stereotaip tentang wanita, atau rasa tidak yakin terhadap diri sendiri.

Apa yang penting, wanita perlu tahu bahawa nilai diri mereka tidak ditentukan oleh cara orang lain melayan mereka. Setiap orang berhak dihargai, dihormati dan disayangi dalam hubungan yang sihat.

Baca juga: Confirm Tak Cari Lain, Ini 29 Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

Sumber: Facebook Public Health Malaysia 

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×