Siapa yang tidak mengenali pelakon kacak Malaysia bernama Fattah Amin bukan? Namanya bukan sahaja disebut kerana wajah yang dimiliki, namun sering menjadi ikutan para jejaka dari segi penggayaan fesyen lelaki.
Terbaharu, Fattah ada berkongsikan tips pemilihan kain samping buat kaum lelaki untuk dipakai semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak. Jadi, kalau para wanita mahukan pasangan anda untuk kelihatan kacak bak Fattah Amin di pagi raya nanti, kena ikut tips ini!
Baca juga: Sekali Pandang Ingatkan Bujang, Top 8 ‘Hot Daddy’ Di Malaysia Yang Menjadi Pujaan Ramai
FATTAH AMIN KONGSI CARA BUAT PILIHAN WARNA SAMPING, BARULAH ‘HANDSOME’!

Foto: IG @fattahaminz
Apa yang Fattah kongsikan semasa sesi LIVE Tiktok tersebut adalah:
1. Padankan dengan Warna Baju Melayu
– Kalau baju Melayu warna neutral (contoh: putih, hitam, kelabu), boleh pilih samping bercorak atau warna yang lebih menonjol.
– Kalau baju Melayu dah warna terang, pilih samping yang lebih soft atau complementary supaya tak terlalu sarat.
2. Pilih Corak yang Klasik atau Moden
Samping songket tradisional sesuai untuk gaya klasik dan acara formal manakala samping moden atau tenun dengan corak minimalis lebih sesuai untuk gaya ringkas dan trendy.
3. Ukuran & Panjang Samping
Panjang samping standard ialah paras lutut atau sedikit bawah lutut.
– Samping pendek boleh buat nampak lebih muda dan santai.
– Samping panjang sesuai untuk gaya lebih formal dan matang.
4. Material & Kualiti Kain
– Songket asli nampak lebih eksklusif dan mewah.
– Tenun sutera atau kapas lebih ringan dan selesa untuk cuaca panas.
5. Cara Ikat Samping
– Ikat tradisional (cara biasa) sesuai untuk majlis rasmi.
– Ikat silang atau lipatan moden boleh buat penampilan nampak lebih stylish dan kemas.
Kalau nak gaya ala Fattah Amin, boleh pilih samping warna emas, perak, atau biru navy sebab warna ini versatile dan nampak eksklusif. Kacak habis!
@im_yourgirl06 #amiraothman #fattahamin #shopeelive #shopee #mimpiindah #klinikhana #rissaskin #jakel #mendonia #amiracleforfattah #famiracle #kaklongabglong #fyp #capcut #CapCut ♬ original sound – Sₑcᵣₑₜ GᵢrL ❤️✨
Baca juga: Berjaya ‘Tawan’ Hati Puteri Raja, Ini Serba Sedikit Trivia Tentang FD Idzham FD Iskandar
Sumber: Tiktok
