Euforia Bola 2026
Asuh

Amira Othman Dapat Inspirasi Ketika Hadir Kelas Agama, Unik Nama ‘Jarir’ Rupanya Sahabat Rasulullah SAW..

MAKSUD NAMA JARIR

Sejak kebelakangan ini, maksud nama Jarir menjadi perhatian ramai selepas pasangan selebriti Amira Othman dan Fattah Amin memilih nama Muhammad Jarir Umar untuk cahaya mata sulung mereka.

Pemilihan nama tersebut bukan sahaja dipuji kerana bunyinya yang indah, malah turut mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan warganet.

Baca juga: Amira Othman & Fattah Amin Timang Cahaya Mata Lelaki, Umum Nama Indah Penuh Makna

MAKSUD NAMA JARIR, SALAH SEORANG SAHABAT NABI

MAKSUD NAMA JARIR

Penyanyi Irfan Haris yang juga adik kepada Amira Othman turut berkongsi kegembiraannya selepas selamat menerima kehadiran anak saudara pertama.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Irfan meluahkan rasa syukur dan menyifatkan bayi tersebut sebagai seorang yang sangat comel.

“Masya-Allah, handsome betul anak buah saya ni Muhammad Jarir Umar,” tulisnya.

Dalam masa sama, dia memaklumkan kakaknya masih berada di hospital dan sedang menjalani proses pemulihan selepas selamat melahirkan bayi lelaki itu.

Dalam temu bual bersama Era FM, Irfan mendedahkan bahawa nama Muhammad Jarir Umar dipilih hasil perbincangan bersama antara Amira dan suaminya, Fattah Amin.

Menurutnya, Amira pernah berkongsi bahawa Jarir merupakan nama seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang membuatkan dia tertarik untuk memilih nama tersebut buat cahaya mata sulungnya.

Nama unik & jarang dengar

MAKSUD NAMA JARIR

Di ruangan komen, ramai warganet turut berkongsi pandangan mengenai nama tersebut yang disifatkan unik dan jarang digunakan dalam kalangan generasi masa kini.

Seorang pengguna media sosial menjelaskan bahawa nama Jarir sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing dalam sejarah Islam.

Menurutnya, antara tokoh terkenal yang menggunakan nama tersebut ialah Imam At-Tabari atau nama penuhnya Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir al-Tabari, seorang ulama besar yang terkenal dalam bidang tafsir, sejarah dan hadis pada kurun ketiga Hijrah.

Selain itu, terdapat juga netizen yang menjelaskan bahawa Jarir merupakan nama salah seorang sahabat Nabi SAW iaitu Jarir bin Abdullah RA yang mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah Islam.

Malah, ada juga yang mengaitkan nama tersebut dengan Jarir ibn Atiyah, seorang penyair Arab terkenal pada zaman awal Islam.

Pemilihan nama Muhammad Jarir Umar turut menerima pujian ramai yang menyifatkan ia mempunyai nilai sejarah dan keindahan tersendiri.

Walaupun nama tersebut dianggap agak jarang digunakan dalam kalangan ibu bapa moden, ramai berpendapat ia membawa identiti Islam yang kuat serta mengingatkan masyarakat kepada tokoh-tokoh besar yang pernah menyumbang kepada perkembangan ilmu dan tamadun Islam.

Baca juga: Isteri Asyik Minta ‘Me Time’? Ustaz Wadi Annuar Tegur Suami Jangan Lepas Tangan Dalam Mendidik Keluarga

Sumber: Sinar Plus & Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×