Seorang anak kepada penjual pisang goreng dan laksa melakar kejayaan cemerlang apabila memperoleh 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus mengundang rasa terharu apabila ditawarkan dua biasiswa untuk menyambung pengajian ke Jordan.
Fakhrul Iman Zainudin, 18, berkata, peluang tersebut amat bermakna buat dirinya kerana dapat meringankan beban kedua ibu bapanya dalam menampung kos pendidikan di peringkat lebih tinggi, selain mendekatkannya dengan impian untuk bergelar pensyarah suatu hari nanti.
Baca juga: Jangan Terlepas! Ini Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2025 Masih ‘Available’, Mohon Sebelum Terlambat
ANAK PENJUAL PISANG GORENG TERIMA BIASISWA MARA

Menurutnya, dia mula memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran sejak tingkatan tiga, terutama selepas melalui pengalaman pembelajaran dari rumah selama dua tahun ketika pandemik Covid-19.
“Perkara paling penting yang saya amalkan ialah adab dengan guru haruslah dijaga. Semasa cikgu mengajar di hadapan, jangan berbual di belakang,” jelasnya.
Selepas memperoleh keputusan SPM, Fakhrul Iman tidak melupakan tanggungjawabnya apabila terus membantu ibu bapanya berniaga seperti biasa.
Bapanya, Zainudin Abdul Latif, 63, berkata, dia berasa bangga dan dalam masa sama sebak melihat pencapaian anaknya yang berjaya meraih A+ bagi semua mata pelajaran, meskipun keputusan peperiksaan percubaan sebelum ini tidak begitu memberangsangkan.

Menurutnya lagi, sejak kecil Fakhrul Iman menunjukkan kebolehan belajar yang cepat, malah sering membantu rakan-rakan lain ketika di tadika.
“Itu yang saya bangga serta sebak lihat keputusan Ayoi (Fakhrul Iman). Ikutkan, sejak dari kecil lagi, Ayoi ni memang cepat belajar seawal usia empat tahun. Kalau di tadika pun, guru tadika selalu minta Ayoi bantu rakan-rakan seusia belajar,” luahnya.
Baca juga: Ilmu ‘Survival’ Kampung, Ini Cara Buat & Guna Minyak Serai Rawat Haiwan Cedera Teruk…Berkesan!
Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki & Kosmo
