Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Cucur Pisang Kembung & Rangup, Bulat-Bulat Comel Macam Ini Memang Laku!

CUCUR PISANG RANGUP

Cucur pisang rangup pastinya menjadi kegemaran ramai, lebih-lebih lagi untuk minum petang. Tekstur garing di luar dan isi pisang yang manis di dalam membuatkan anda makan tak berhenti!

Resepi cucur pisang rangup ini juga mudah disediakan dengan bahan-bahan yang ringkas. Jom cuba buat sendiri, pasti puas hati!

Baca juga: Resepi Roti Rangup Inti Ayam & Sosej, Bunyi Krup Krap Buat Tak Sabar Nak Makan!

RESEPI CUCUR PISANG RANGUP, KEMBUNG MACAM INI LEBIH SEDAP

RESEPI PISANG GORENG RANGUP

Resepi cucur pisang rangup ini sangat sedap, boleh dijadikan snek pada waktu pagi, tengah hari atau malam.

Bahan-bahan:

  • Pisang secukupnya
  • 200 gram tepung gandum*
  • 100 gram tepung beras*
  • 6 sudu besar gula pasir*
  • 1/5 sudu teh garam*
  • 1 sudu teh baking soda*
  • 1 sudu teh yis segera*
  • 4 sudu besar marjerin cair*
  • 300 ml air*

Cara-cara penyediaan cucur pisang:

– Campurkan semua bahan bertanda (*) dan biarkan selama 45 minit.

– Selepas itu, masukkan pisang yang sudah dipotong menjadi kepingan.

– Goreng seperti biasa sehingga keperangan.

– Sedia untuk dihidangkan dan hiasakan dengan topping pilihan anda seperti parutan keju, coklat atau susu pekat.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat anda!

Baca juga: Biskut Semperit Red Velvet Paling ‘Simple’, Sekali Ngap Cair Terus Dalam Mulut!

Sumber: Facebook Mina Amy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×