Isu jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekali lagi mengejutkan masyarakat apabila seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dilaporkan menjadi mangsa dalam kejadian di luar negara.
Difahamkan, bayi berkenaan sedang tidur di sebelah ibunya, diculik sebelum dirogol oleh seorang remaja lelaki berusia 12 tahun dalam kejadian di kawasan balai polis Gulariha, baru-baru ini.
Baca juga: Kes Buli MRSM Johor: Empat Pelajar Disingkir Dua Digantung, Pelajar Junior Dibuli Turut Disiasat!
JENAYAH SEKSUAL REMAJA 12 TAHUN, BAYI 9 BULAN HILANG

Susangkaan yang merupakan seorang remaja bawah umur itu telah ditahan oleh pihak berkuasa pada Ahad lalu. Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku mengambil minuman beralkohol pada malam Jumaat sebelum menonton kandungan pornografi menerusi telefon bimbitnya sebelum bertindak melarikan mangsa yang sedang tidur.
Menurut kenyataan ahli keluarga, mangsa disedari hilang dari tempat tidurnya sekitar jam 2:00 pagi dan kehilangan tersebut pastinya mencetuskan suasana panik.
Hal ini sehingga menyebabkan penduduk kampung membuat pencarian besar-besaran di sekitar kawasan kampung dan kawasan ladang berhampiran.
Pada pagi Sabtu, bayi malang berkenaan akhirnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kecederaan teruk di sebuah kawasan bangsal berteduh di dalam ladang, kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Mangsa segera dikejarkan ke pusat kesihatan komuniti sebelum dirujuk ke Kolej Perubatan BRD berikutan keadaannya yang semakin kritikal. Pemeriksaan perubatan kemudiannya mengesahkan bahawa bayi berkenaan telah menjadi mangsa serangan seksual.
Ada bahan lucah dalam telefon bimbit

Siasatan pihak polis mula menjurus kepada suspek yang juga merupakan saudara kepada mangsa selepas mengambil keterangan daripada ibu bapa dan datuk nenek bayi tersebut. Remaja lelaki berkenaan dilaporkan baru sahaja tiba dari Chandigarh tiga hari sebelum kejadian.
Walaupun pada awalnya memberikan kenyataan yang berubah-ubah, suspek akhirnya mengaku melakukan perbuatan kejam tersebut selepas disoal siasat. Pemeriksaan forensik ke atas telefon bimbit suspek turut menemui lebih daripada 50 video lucah serta rekod carian melibatkan lebih 100 laman web pornografi.
Superintenden Polis (Bandar), Nimesh Patil, mengesahkan bahawa mangsa kini sedang menerima rawatan intensif di hospital dan berada di bawah pemantauan rapi pihak perubatan. Tindakan undang-undang lanjut sedang dijalankan terhadap suspek mengikut peruntukan akta pesalah kanak-kanak yang berkuat kuasa.
Baca juga: Hanya Terlewat 2 Minit, Bapa Hantuk Kepala Di Pagar! Rayu Anak Duduki Peperiksaan NEET
Sumber: NDTV
