Euforia Bola 2026
Nur

Jemaah Lelaki Boleh Ke Tanggal Kain Ihram & Pakai Tuala Untuk Buang Air? Mutawif Beri Jawapan

jemaah lelaki

Larangan ketika ihram lelaki sering menimbulkan kekeliruan, khususnya kepada jemaah lelaki yang pertama kali menunaikan ibadah haji atau umrah.

Antara persoalan lazim yang ditanyakan adalah tentang keperluan menanggalkan kain ihram apabila ingin ke tandas. Adakah dibenarkan menukar kepada tuala buat sementara waktu?

Baca juga: Apa Terjadi Selepas Jenazah Ditimbus? Inilah Malam Pertama Di Alam Barzakh Yang Ramai Tak Tahu

JEMAAH LELAKI TANGGAL KAIN IHRAM KE TANDAS

jemaah lelaki

Gambar hiasan: irkaztravel

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, seorang mutawif bernama Ashraf tampil memberikan penjelasan yang menenangkan hati ramai.

Menurut beliau, tindakan menukar kain ihram kepada tuala ketika ke tandas adalah dibolehkan, selagi ia tidak menyerupai pakaian berjahit seperti seluar, jubah atau mana-mana pakaian bercantum.

“Pakai kain tuala itu bukan dalam bentuk bersarung, bercantum atau berjahit (seluar atau baju). Jahitan yang dilarang ialah yang mencantumkan satu bahagian dengan bahagian yang lain,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kebanyakan tuala yang digunakan tidak dianggap sebagai pakaian berjahit kerana jahitan di bahagian tepi bukan bertujuan mencantumkan dua bahagian, sebaliknya hanyalah jahitan penamat fabrik biasa.

Oleh itu, tiada halangan untuk jemaah lelaki menanggalkan kain ihram mereka ketika ingin ke tandas dan menggantikannya sementara dengan kain tuala. Asalkan syarat larangan ihram tetap dijaga.

Baca juga: Hati-Hati Wanita Yang Gemar Istinjak Berdiri, Sebab Tak Sangka Boleh Jejas Solat!

Apa itu ihram dan larangannya?

Untuk makluman, keadaan ihram merupakan salah satu rukun utama yang wajib dipatuhi oleh semua jemaah haji dan umrah.

Bagi jemaah lelaki, mereka hanya dibenarkan memakai dua helai kain tanpa jahitan, manakala jemaah wanita pula tidak boleh menutup muka dan tangan.

Keadaan ihram bukanlah satu pilihan tetapi syarat sah ibadah dan terdapat beberapa larangan yang mesti dijauhi dalam tempoh tersebut. Antaranya adalah memakai pakaian berjahit, menutup kepala (bagi lelaki), memakai wangi-wangian dan sebagainya.

Semoga dengan penjelasan ini, jemaah lelaki lebih jelas dalam menjaga adab dan syarat ketika berihram tanpa perlu terlalu risau dengan situasi seperti ke tandas.

@mutawwifashraf

Biar tau jangan keliru… Moga bermanfaat #foryou #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #trending #mekah #umrah #video #videoviral #ihram #tanahsuci #tetamuallah #soaljawabagama #ibadahsempurna #allahterima #mutawwifashraf #khadimulharamain

♬ original sound – MUTAWWIF ASHRAF – MUTAWWIF ASHRAF

Baca juga: Benarkah Wanita Haram Pakai Seluar Jeans? Ini Jawapan Mufti!

Sumber: TikTok @mutawwifashraf

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×