Euforia Bola 2026
Didik

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK & IKP 2025 Dah Keluar & Boleh Tengok Sini, Semua Calon ‘Fighting’!

jadual waktu peperiksaan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam telah mengumumkan jadual waktu peperiksaan bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) serta Ihtbat KAFA Pratahfiz (IKP) untuk tahun 2025.

Pengumuman ini amat penting khususnya buat ibu bapa, guru dan para calon agar dapat membuat persiapan awal menghadapi peperiksaan.

Baca juga: Kekurangan Bukan Penghalang, 5 Kerjaya Sesuai Untuk OKU Yang Ramai Tak Nampak

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPKK & IKP 2025

jadual waktu peperiksaan

Gambar hiasan: yuran.my

Peperiksaan IKP 2025 akan berlangsung lebih awal, iaitu bermula dari 18 hingga 21 Ogos 2025 dalam waktu persekolahan. Kertas yang akan diduduki ialah IKP 01 – Hifz Al-Quran dan ia dijalankan selama 4 hari.

Bagi peperiksaan UPKK 2025, beberapa kertas akan dilaksanakan dalam tempoh waktu persekolahan:

  1. UPKK 08 – Penghayatan Cara Hidup Islam: dari 7 April hingga 12 September 2025, selama 100 hari.
  2. UPKK 09 – Amali Solat: 7 April hingga 12 September 2025, dalam tempoh yang sama.
  3. UPKK 01 – Al-Quran: dari 22 September hingga 17 Oktober 2025, selama 20 hari.

Baca juga: Bapa Ini Dedah Kenapa Pilih Jurusan Universiti Anak Perlu Seawal TINGKATAN 3 & Jangan Tunggu SPM!

Manakala ujian bertulis akan dijalankan pada minggu peperiksaan rasmi, iaitu dari 17 hingga 20 November 2025 seperti berikut:

Isnin, 17 November 2025

  • 2.30 – 3.45 petang: UPKK 02 – Akidah
  • 4.15 – 5.30 petang: UPKK 04 – Adab

Selasa, 18 November 2025

  • 2.30 – 3.45 petang: UPKK 07 – Ibadah
  • 4.15 – 5.30 petang: UPKK 05 – Jawi dan Khat

Rabu, 19 November 2025

  • 3.00 – 4.15 petang: UPKK 03 – Sirah

Khamis, 20 November 2025

Setiap kertas peperiksaan bertulis memperuntukkan masa selama 1 jam 15 minit.

Baca juga: Perhatian! 5 Persediaan Ini Boleh Selamatkan Anda Dari Malu Hari Pertama ‘Internship’, Rugi Kalau Tak Baca

jadual waktu peperiksaan

JAKIM turut mengingatkan bahawa sebarang pindaan terhadap jadual ini akan dimaklumkan sekiranya perlu, berdasarkan keperluan dan peraturan semasa UPKK yang berkuat kuasa.

Mari sama-sama mendoakan kejayaan semua calon serta mengingatkan agar terus berusaha, berdoa dan bertawakkal. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan Allah SWT dan membuahkan hasil yang membanggakan. Insya-Allah.

Baca juga: Guru Layak RM100 Baucar Buku Tapi Ramai Tak ‘Claim’? Bukan Susah Pun Nak Buat, Ikuti Panduan Ini!

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×