Euforia Bola 2026
Didik

Ibu Bapa Wajib Ambil Maklum, Ini Jadual Rasmi Peperiksaan UPKK & IKP 2026 Diumumkan JAKIM Bermula 29 Jun

UPKK 2026

Bagi ibu bapa yang sedang mencari jadual UPKK 2026, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengumumkan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) serta Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) di seluruh negara mengikut jadual rasmi yang ditetapkan.

Baca juga: Amira Othman Dapat Inspirasi Ketika Hadir Kelas Agama, Unik Nama ‘Jarir’ Rupanya Sahabat Rasulullah SAW..

JADUAL UPKK 2026: TARIKH & WAKTU PEPERIKSAAN

UPKK 2026

Pelaksanaan pentaksiran tersebut melibatkan beberapa komponen utama termasuk pentaksiran berterusan, peperiksaan bertulis dan pentaksiran hifz al-Quran yang akan dilaksanakan secara serentak mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Menurut JAKIM, UPKK merupakan satu mekanisme pentaksiran kebangsaan yang diwujudkan bagi menilai tahap penguasaan, kefahaman serta penghayatan murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) terhadap pendidikan Islam secara menyeluruh.

Pentaksiran ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek akademik, malah turut menilai sejauh mana murid dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

Seiring usaha memperkukuhkan mutu pendidikan KAFA di Malaysia, pendekatan pentaksiran yang digunakan turut merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan penghayatan nilai-nilai Islam.

Dalam masa sama, JAKIM menegaskan bahawa semua calon yang berdaftar untuk menduduki UPKK diwajibkan mengikuti Pentaksiran Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) serta Amali Solat.

Kedua-dua komponen tersebut merupakan sebahagian daripada penilaian keseluruhan yang akan diambil kira dalam proses pentaksiran calon.

Langkah ini bertujuan memastikan murid bukan sahaja memahami teori dan konsep pendidikan Islam, malah mampu menghayati serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Jadual waktu peperiksaan UPKK & IKP

UPKK 2026

JAKIM turut berharap agar semua pihak yang terlibat, termasuk ibu bapa, guru, pihak sekolah dan institusi KAFA, dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan UPKK dan IKP Tahun 2026 berjalan dengan lancar.

Menurut jabatan itu, sokongan berterusan daripada semua pihak amat penting bagi memastikan objektif pentaksiran dapat dicapai, sekali gus melahirkan generasi yang memiliki kefahaman agama yang baik serta berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam.

Pelaksanaan UPKK dan IKP dilihat terus memainkan peranan penting dalam menilai perkembangan pendidikan Islam murid di peringkat KAFA serta memperkukuhkan aspek penghayatan agama dalam kalangan generasi muda.

Baca juga: Nak Renew Pasport? Imigresen Umum Penutupan Sementara 71 Kaunter Cawangan INI Mulai 26 Jun, Ramai Dijangka Terjejas

Sumber: Facebook JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×