Euforia Bola 2026
Asuh

10 Remaja Cemas Lepas Suntik Ubat Kuat, Zakar Berubah Hitam & Dr. Terpaksa Bedah Separuh!

jabatan kecemasan

Sebuah jabatan kecemasan di negara ini berdepan detik membingungkan apabila didatangi 10 orang remaja lelaki pada jam 2 pagi, akibat menggunakan satu ubat pada zakar mereka.

Difahamkan mereka bertindak berani menggunakan ubat yang dipercayai bertujuan merangsang kemaluan tanpa memikirkan kesan buruk, kini berdepan natijahnya.

Baca juga: Risau Muncul Ketulan Di Payudara, Jangan Panik, Pegang Bahagian Bengkak & Baca Doa Ini

JABATAN KECEMASAN TERIMA 10 REMAJA SUNTIK UBAT KUAT

jabatan kecemasan

Gambar hiasan: Pixabay

Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh seorang jururawat di media sosialnya, dia berasa amat terkejut setelah mendengar kisah ‘ubat kuat’ yang digunakan remaja terbabit.

Pada suatu hari, sekumpulan remaja berusia lingkungan 20an telah datang ke jabatan kecemasan kerana berdepan masalah nekrosis iaitu sel mati akibat penyakit pada zakar.

“Satu hari lepas kerja macam biasa ‘membawang’ sekejap dengan pegawai perubatan. Dia cerita satu kesa yang memang mind blowing.

“Masa dia (doktor) tengah kerja, datang 10 orang remaja lelaki umur antara 19 hingga 20 tahun, pukul 2 pagi.

“Kes mereka adalah kemaluan jadi nekrotik. Separuh (kulit kemaluan) sudah hitam. Ya Allah…saya terkejut,” ujarnya seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

Baca juga: Bahaya! 5 Anggota Tubuh Ini Boleh Buat Kanak-Kanak Jadi KETAGIH Rasa Sensasi Bila Disentuh

Suntik ubat lintah sebab nak bertahan lama!

Jururawat itu berkata lagi, semua remaja berkenaan mengaku melakukan satu tindakan tidak munasabah dengan menyuntik ‘ubat lintah’ pada kemaluan sendiri.

Apa yang lebih mengejutkan dia adalah setelah mendengar alasan remaja-remaja itu.

“Dia cakap, kawan-lawan lain ada beritahu boleh bagi ‘bertahan lama’. Serius la? Weh beraninya cucuk bagai, dekat kawasan sensitif lagi,” katanya.

Baca juga: Bang~ AWAS Bawa Mudarat Kencing Berdiri, Cepat-Cepatlah Ubah Tabiat Ini!

“Fungsi alat sulit tak terjejas….tapi tulah dah pendek.”

Setelah mendengar kisah yang diceritakan itu, dia mula bertanya akan keperluan mereka merisikokan diri dalam usia yang masih muda.

Di mana, di dalam era tiada had mencari maklumat ini seharusnya mereka memperoleh pengetahuan yang lebih baik.

“Masalahnya kan…mereka muda-muda lagi. Tak kahwin pun lagi. Nak bagi bertahan lama untuk apa? Budak-budak zaman sekarang kan.

“Kemudian paling menyedihkan semua kena tahan wad sebab perlu potong separuh daripada zakar. Tak tahulah nanti kahwin ke tidak.

“Tolonglah jangan buat benda pelik-pelik. Sepanjang mendengar cerita ini berapa kali saya mengucap panjang.” jelasnya.

Dalam masa yang sama, dia turut menjelaskan fungsi alat sulit mereka tidak terjejas biarpun selepas menjalani rawatan.

“Pegawai perubatan cakap masih boleh berfungsi tapi tulah…dah pendek,” katanya.

Baca juga: GISBH Cetus Masalah EARWORMS “Pasar Ikhwan di Putrajaya~” Dalam Fikiran Orang Ramai, Ini 3 Tips Sembuh!

Apa itu nekrosis?

Makluman semua, nekrosis adalah satu bentuk kecederaan sel yang mengakibatkan kematian pramatang sel-sel pada autolisis (pemusnahan sel melalui tindakan enzim).

Nekrosis disebabkan oleh faktor-faktor eksternal sel atau jaringan seperti jangkitan, racun atau trauma yang mengakibatkan pencernaan tidak teratur komponen-komponen sel.

Baca juga: Amaran! 28 Tempat Ini Dilarang Merokok, KKM Dah Kuatkuasa Akta 852 Serta-Merta!

Sumber: MStar

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×