Ramai dalam kalangan lelaki hari ini semakin berhati-hati dengan memilih makanan terutamanya bila melibatkan daging merah. Hal ini kerana, ada yang risau kolesterol tinggi, berat badan naik, atau risiko penyakit jantung. Tapi tahukah anda, jika dimakan dengan cara yang betul, khasiat daging merah sebenarnya boleh jadi ‘superfood’ untuk lelaki?
Jom baca penjelasan dari pakar supaya para lelaki semua tidak takut dan ragu-ragu.
Baca juga: Hubungan Makin Hangat Bila Guna Ramuan Ini, Cik Abang ‘Tahan Lama’ Tanpa Makan Ubat Kuat!
Jangan Takut Makan Daging! Ini Khasiat Daging Merah untuk Lelaki

Foto: Doktor Samhan
Ya, khasiat daging merah jauh lebih besar daripada sekadar rasa kenyang. Ia menyimpan nutrien penting yang secara langsung menyokong kesihatan lelaki, dari tenaga dalaman hinggalah kekuatan fizikal.
1. Tingkatkan Testosteron Semula Jadi
Daging kaya dengan zink dan lemak sihat, dua nutrien penting dalam penghasilan hormon testosteron. Hormon ini bukan sahaja penting untuk fungsi seksual, malah mempengaruhi tahap tenaga, mood dan pembentukan otot lelaki.
2. Bantu Pembinaan Otot & Kekuatan Badan
Daging merah mengandungi ‘protein lengkap’, maksudnya ia menyediakan semua asid amino penting yang diperlukan tubuh. Otot lebih cepat pulih dan terbina, menjadikan badan lebih tegap dan stamina bertambah.
3. Cegah Anemia & Cepat Letih
Zat besi dalam daging (terutama jenis heme iron) lebih mudah diserap tubuh berbanding zat besi daripada tumbuhan. Ini penting untuk mengelakkan simptom seperti cepat penat, lesu dan hilang fokus semasa bekerja atau bersukan.
4. Sumber Semula Jadi Vitamin B12
Vitamin B12 membantu menjaga sistem saraf, meningkatkan tenaga, dan menyokong fungsi otak. Kekurangan B12 boleh menyebabkan masalah lupa, cepat moody dan rasa lemah semangat.
# Tip Makan Daging dengan Cara Sihat
1. Pilih bahagian rendah lemak seperti daging batang pinang atau sirloin.
2. Masak cara sihat – rebus, panggang, stim atau air fryer, elak goreng berminyak.
3. Gabung dengan sayur hijau – sayur bantu hadkan serapan lemak dan tingkatkan serat.
4. Makan dalam kuantiti terkawal – suku pinggan dah memadai untuk sekali hidangan.
5. Minum air secukupnya untuk bantu proses pencernaan dan buang toksin.

Foto hiasan.
Makanlah untuk jadi lebih mantap, bukan semata-mata kenyang…
Baca juga: Ubat Kuat Untuk Suami, Guna Bawang Putih Bakar & Madu Asli
Sumber: X @DoktorSamhan
