Euforia Bola 2026
Nur

Ramai Berdiam & Tak Pernah Post Isu Pales**n Dalam Media Sosial, Berdosa Ke Tindakan Ini?

ISU PALESTIN

Isu Palestin bukan sekadar konflik antara dua wilayah atau perebutan tanah semata-mata. Ia adalah lambang perjuangan menentang penjajahan, kezaliman dan penindasan yang telah berlangsung sejak puluhan tahun.

Meskipun ramai yang menunjukkan sokongan terbuka, masih ada segelintir warganet yang mengambil sikap berdiam diri tanpa membuat sebarang hantaran berkenaan isu Palestin. Dari sudut pandangan agama, apakah hukum bersikap sedemikian?

Baca juga: Tular Murid Dilanggar Ketika Melintas Depan Sekolah, Polis Minta Bantuan Cari Penunggang Motosikal

TAK POST ISU PALESTIN DI MEDIA SOSIAL, APA HUKUMNYA

ISU PALESTIN

Menurut Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed, beliau menegaskan bahawa menjadi kewajipan setiap individu Muslim untuk berdiri bersama rakyat di negara bergolak sama ada melalui doa, memberi sokongan moral, menyebarkan maklumat yang benar, atau mengambil tindakan yang menunjukkan keprihatinan terhadap penderitaan mereka.

Seorang Muslim yang memilih untuk berdiam diri dan tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku kepada saudara seagamanya di bumi bergolak itu, sebenarnya sedang memikul dosa.

“Umat Islam diibaratkan seperti satu jasad. Jika satu bahagian terluka, seluruh tubuh turut merasainya. Begitulah kuatnya hubungan sesama Muslim, lebih-lebih lagi apabila nyawa dan maruah saudara kita sedang diancam.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana umat Islam itu ibarat satu jasad. Jika satu anggota sakit, seluruh tubuh akan turut merasa kesakitannya. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan saudara seagama,” jelasnya.

Walaupun ada segelintir pihak memilih untuk tidak menunjukkan pendirian secara terbuka di media sosial, beliau menegaskan bahawa dalam keadaan dunia hari ini, menyatakan solidariti secara jelas adalah satu keperluan bagi menyampaikan mesej kebenaran dan menentang kezaliman.

Selain itu, menurut Pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan, isu Palestin ini bukan sekadar membabitkan isu kemanusiaan tetapi lebih daripada itu.

“Sahabat sekalian, hukumnya berdosa jika tidak ambil tahu isu Palestin. Ini kerana ia bukan sekadar isu kemanusiaan tetapi ini adalah isu akidah. Pertama sekali, kalau kita tak ambil tahu tentang isu Palestin, Nabi tak mengaku umat,” ujarnya.

Nabi Muhammad SAW bersadba: “Siapa yang tak ambil tahu tentang urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka.” 

“Nabi SAW juga berkata, orang beriman seperti satu jasad, kalau sakit sebahagian, sakitlah seluruh jasad. Kalau kita beriman, kita akan turut berduka dengan saudara di Palestin,” tambah Ustaz Adnin.

Baca juga: Musibah Boleh Datang Dari 6 Arah, Amalkan Doa Rasulullah SAW Ini Untuk Perisai Harian…

Sumber: PU Syed dan Ustaz Adnin Roslan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×