Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Gara-Gara Isteri Merajuk Tak Buka Pintu, Suami Tertidur Dalam Kereta Sampai Meninggal Dunia

isteri merajuk

Dalam rumah tangga, perkara kecil pun boleh jadi besar bila emosi menguasai diri. Kadang-kadang, bila isteri merajuk, suami pula memilih untuk diam. Tapi siapa sangka, diam itu boleh membawa kehilangan yang tak terganti.

Kisah yang dikongsikan oleh Aliff Liv Story di Facebook ini membuat ramai tertunduk sebak, terfikir panjang tentang harga satu ego dan komunikasi dalam rumah tangga. Mari ikuti perkongsian tersebut di bawah.

Baca juga: “Untuk Siapa Lagi Saya Nak Cari Duit,” Suami Hiba Isteri Dah Tiada & Wakafkan Harta RM60,380 Tanda Cinta Abadi

GARA-GARA ISTERI MERAJUK SUAMI MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA

isteri merajuk

Gambar Aliff Liv Story.

Aku terbaca satu kisah semalam, tentang seorang lelaki yang meninggal dalam kereta sendiri… gara-gara bergaduh kecil dengan isteri.

Malam itu, abang ini kata jiran dia nampak kereta masih hidup enjinnya. Dalamnya ada lelaki itu, tertidur di tempat duduk pemandu. Katanya dia cuma nak rehat sekejap, “Siang kerja pejabat, malam buat Grab. Penat sangat.”

Dia senyum lesu. Dan itu rupanya senyuman terakhir dia.

Keesokan pagi, jiran tu dapat tahu lelaki itu meninggal dunia akibat keracunan gas ekzos. Dia tertidur dengan enjin hidup. Paling paling menyayat hati, isterinya meraung depan rumah, menyesal tak sudah.

Rupanya malam sebelumnya mereka bergaduh. Isteri merajuk, tak buka pintu, tak jawab mesej. Suami pula tak nak panjangkan hal, jadi dia duduk dalam kereta depan rumah, mungkin tunggu reda, mungkin nak tenangkan diri.

Tapi dia tak sempat. Dia pergi begitu saja… dalam sunyi, beberapa meter dari orang yang dia sayang.

Diamnya lelaki, beratnya hidup

Bila aku baca cerita ini, aku terus terdiam sebab aku tahu, ramai lelaki hidup macam itu hari-hari. Bukan sebab lemah, tapi sebab tak tahu macam mana nak luah.

Bila hidup dah terlalu berat, lelaki akan cari tenang di tempat sunyi seperti dalam kereta, di mamak atau dengan kerja lebih masa. Bukan lari. Cuma nak bernafas sekejap.

Gambar bawah ini, “Kalau cari nafkah pun penat, tak payah jadi suami la.” Ayat itu nampak kecil. Tapi bagi aku, itulah cara fikir yang perlahan-lahan bunuh banyak hati lelaki zaman sekarang.

Lelaki boleh tahan lapar. Tapi dia tak tahan bila penatnya dipandang remeh.

Ramai isteri tak sedar, bila suami makin diam, bukan cinta yang hilang dulu. Yang hilang ialah rasa dihargai. Dan bila rasa itu hilang, hubungan mula retak perlahan-lahan.

isteri merajuk

Gambar Aliff Liv Story.

Baca juga: Tengok Muka Menyampah Tapi Bila Jauh Rindu Pula…Ini 6 Cara Elak Hasutan Jin Dasim Penghasut Rumah Tangga

Suami pun manusia

Aku bukan nak bela para suami. Aku cuma nak cakap satu benda, suami pun manusia. Kalau dia penat, jangan hina. Kalau dia senyap, jangan biar.

Kadang dia cuma tunggu seseorang faham… Yang dia bukan tak kuat, dia cuma dah terlalu penat nak terus pura-pura kuat.

Pengajaran untuk semua

Kisah ini mungkin hanya satu cerita, tapi mesejnya besar iaitu jangan biarkan rajuk memakan masa terlalu lama, jangan biarkan diam jadi jurang antara dua hati.

Kadang-kadang, suami tak perlukan hadiah pun. Dia cuma perlukan isteri yang sudi dengar, peluk dan kata “Tak apa, kita bincang elok-elok.”

Kerana pada akhirnya, yang kekal bukan siapa betul atau siapa salah tapi siapa yang masih memilih untuk bertahan dan memahami.

Baca juga: Peserta Dakwa Kursus Kahwin Banyak Borak Hal Dalam Kain Wanita, Ramai Desak Modul Dikaji Semula!

Sumber: Aliff Liv Story

FT Image: Aliff Liv Story

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×