Sudah menjadi kebiasaan, apabila orang ahli keluarga, suami atau isteri meninggal dunia pasti kita akan memberikan kucapan terakhir. Walau bagaimanapun, tindakan ini sering ditahan oleh orang tua-tua kerana dikatakan tidak elok jika air mata menitik terkena pada jenazah.
Menerusi perkongsian di laman Facebook dan penerangan di laman rasmi Maktabah Al Bakri, tindakan mencium suami atau isteri meninggal dunia adalah tidak salah.
Baca juga: Hukum Isteri Minta Cerai Sebab Suami Hutang Keliling Pinggang & Nak Muflis
SUAMI/ISTERI MENINGGAL DUNIA, TAK ADA MASALAH NAK CIUM

Apabila giliran suami atau isteri nak cium dahi, air mata pasti akan mengalir di pipi jenazah. Situasi ini akan membuatkan seorang makcik bersuara:
“Angkat suami dia. Jangan peluk lama-lama arwah isteri awak dan jangan sampai air mata menitik kene jenazah. Kesian dia, berat dia nak pergi….”
Sebenarnya, ini adalah khilaf yang sering berlaku dalam masyarakat melayu Islam kita. Tidak salah untuk membenarkan suami atau isteri mencium dan memeluk buat kali terakhir.
Kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan, tetap tidak menjadi satu masalah. Hal ini kerana tiada sebarang hadis atau nas yang mengatakan tidak boleh.
Malah tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana dicium oleh suami atau isterinya. Wuduk akan terbatal apabila yang masih hidup sahaja. Kekhilafan ini masih ramai lagi dalam kalangan yang lakukan sehingga sekarang.
Menerusi laman rasmi Maktabah Al Bakri, mencium si mati dan menyebut kemuliaan yang dilakukan ketika hidup adalah satu amalan sunnah dan dianjurkan.
Hal ini berdasarkan beberapa hadis, iaitu, daripada Aisyah R.Anha, dan Ibn ‘Abbas R.Anhuma:
أَنَّ أَبَا بَكْرٍ «قَبَّلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَمَا مَاتَ»
Maksudnya: “Bahawasanya Abu Bakar telah mencium Baginda Nabi SAW selepas Baginda wafat.” Riwayat Ibn Syaibah dalam al-Musannaf (37050)
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.
Baca juga: Rumah Selalu Masuk 5 Haiwan Ini Rupanya Tanda Kena Sihir, Tak Disangka-Sangka!
Sumber: Facebook Perkongsian Basyirol Abu Bakar dan Maktabah Al Bakri
