Euforia Bola 2026
Inspirasi

Demi Capai Impian Bergelar Doktor, Wanita 36 Tahun Ini Sanggup Duduki SPM Semula!

bidang perubatan

Demi merealisasikan impian menceburi kerjaya dalam bidang perubatan, seorang wanita berusia 36 tahun nekad menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Usahawan yang dikenali sebagai Rusni Shafiya Ruslan itu menjelaskan, dia mengambil tiga mata pelajaran aliran Sains Tulen iaitu Biologi, Fizik dan Kimia.

Baca juga: Seramai 1789 Calon SPM 2024 Peroleh Semua G, Meningkat Berbanding Tahun 2023

DEMI CEBURI BIDANG PERUBATAN, WANITA 36 TAHUN AMBIL SPM

BIDANG PERUBATAN

Jelasnya, usia bukan penghalang kerana sokongan daripada ahli keluarga dan rakan sekeliling membuatkan dia tekad untuk mengejar impian menceburi bidang perubatan dan bergelar doktor.

“Mak saya pun ada juga ketawa kecil bila saya kata nak ambil semula SPM, tapi adik saya yang merupakan doktor bedah, Dr Nur Hanisa Ruslan banyak memberi inspirasi dan semangat.

“Kenalan saya juga ramai dalam bidang perubatan. Mendengar perkongsian mengenai kerjaya mereka, membuatkan saya tertarik untuk tahu lebih lanjut tentang kehidupan di hospital dan dunia perubatan secara umum,” jelasnya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini sudah menanam minat dalam bidang perubatan sejak kecil lagi namun hasratnya terpaksa dilupakan kerana kekangan wang selain komitmen kepada keluarga.

Jadi, tahun 2024 Rusni kembali mencuba dan hanya fokus kepada tiga subjek penting sahaja seperti dinyatakan di atas. Setelah itu, dia merancang untuk menyambung ke peringkat asasi universiti.

“Saya lebih cenderung ke arah program berkenaan berbanding Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kerana ia lebih padat dan dekat dengan suasana pembelajaran di universiti. Kalau semuanya berjalan lancar, saya anggarkan masa paling cepat untuk saya tamat pengajian dalam bidang perubatan adalah enam tahun,” tambahnya.

Rusni menjelaskan dia lebih berminat ke bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) atau Pediatrik. Namun, tidak menjadi masalah untuk meneroka bidang lain sepanjang proses pembelajaran.

Dia percaya bahawa berkat usaha dan sokongan orang sekeliling, impiannya pasti akan menjadi kenyataan.

Baca juga: 14,179 Pelajar Peroleh Semua A Untuk SPM 2024, Meningkat Berbanding Tahun 2023

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×