Euforia Bola 2026
Famili

Video Tular Bacaan Merdu Seorang Pak Cik, Rupanya Dulu Imam Tapi Kini Tak Terurus Dek Ilmu Hitam!

ilmu hitam

Ilmu hitam dikatakan menjadi punca seorang bekas imam kini hidup dalam keadaan tidak terurus, sehingga tular videonya sedang solat di kawasan wuduk.

Walaupun kelihatan sebegitu rupa, kisah hidupnya membuat ramai sebak apabila difahamkan dia pernah menjadi insan dihormati sebelum diuji dengan perubahan besar dalam hidup.

Baca juga: [VIDEO] Tular Pempengaruh Buat Majlis Akikah Seakan Istiadat Diraja, Kini Disiasat PDRM!

TULAR BACAAN MERDU BEKAS IMAM MANGSA ILMU HITAM

ilmu hitam

Jangan hina yang kurang sempurna kerana mungkin mereka lebih dekat dengan Tuhan

Baru-baru ini, sebuah rakaman tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki menunaikan solat di kawasan wuduk. Dari jauh, kedengaran bacaan surah Al-Fatihah bergema merdu, manakala dari dekat kelihatan lelaki itu berdiri tegak dengan pandangan tertumpu ke lantai yang sedang solat dengan penuh kekhusyukan.

Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok, lelaki berkenaan adalah pakciknya sendiri yang pernah menjadi Tok Imam. Malangnya, hidupnya berubah selepas menjadi mangsa perbuatan tidak baik apabila didakwa terkena buatan orang menggunakan ilmu hitam.

“Saya tolong menjawab persoalan ini ya. Ini pak saudara saya, dia dulu seorang imam. Dia boleh jadi macam ini sebab ada hamba Allah yanng menggunakan ilmu hitam, walaupun pak saudara saya macam ini, dia selalu bertasbih pada Allah,” jelasnya di ruangan komen.

Baca juga: Akibat Disengat 1,000 Tebuan Di Ladang Jagung Nenek, Dua Beradik Usia 7 & 2 Tahun Maut!

ilmu hitam

Sejak tular, rakaman tersebut meraih lebih 4 juta tontonan dan mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya. Ramai mengakui tersentuh apabila melihat keindahan bacaan lelaki itu, seolah-olah mengingatkan mereka tentang suara imam lama di kampung.

“Suara macam imam dulu-dulu masa di kampung. Allahu pak cik yang mulia di sisi Allah! Kami yang hina jahil ini rasa sedih.

“Dia mungkin lupa siapa diri dia, tapi dia tak lupa Allah.

“Subanallah sedap bacaan pak cik ini walaupun orang anggap dia apa pun, dia masih ingat semua surah.

“Dia sudah tingalkan dunia, sebelum meninggal dunia,” tulis beberapa pengguna TikTok yang meninggalkan komen penuh keinsafan.

@mmpr_official

Jangan hina mereka yang kurang sempurna, kerana mungkin mereka lebih dekat dengan Tuhan. Di saat kita leka, mereka tetap ke masjid. #fyp #masjidpalohrawa

♬ original sound – MasjidMukimPalohRawaOfficial – mmpr_official

Baca juga: Selepas Ambulans Beredar, Ustaz Azhari Arah Dua Pelajar Bersihkan Kesan Darah Zara Di Lokasi Kejadian!

Sumber: TikTok @mhiarawi

FT Image: TikTok @mhiarawi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×