Perbincangan tentang ilmu sihir di Asia Tenggara bukanlah perkara baru, lebih-lebih lagi di rantau seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Kemboja yang kaya dengan cerita-cerita mistik dan amalan tradisional.
Tapi baru-baru ini, satu perbualan di media sosial X berjaya mencuit perhatian ramai. Bukan sebab takut sangat, tapi sebab semua orang sebenarnya takut dengan ilmu hitam orang lain!
Baca juga: Benarkah Wanita Haram Pakai Seluar Jeans? Ini Jawapan Mufti!
ILMU SIHIR MELAYU DITAKUTI ORANG THAI, BIAR BETUL?

Gambar AI
Semuanya bermula apabila seorang warga maya dari Thailand membuat pengakuan,
“Orang Thai juga takut dengan ilmu hitam orang Melayu. Tahun lepas, ada perbincangan di X mengenai ilmu hitam di SEA (Asia Tenggara). Ramai yang cakap ilmu hitam dari Melayu dan Kemboja mempunyai sumpahan yang paling kuat,” tulisnya.
Reaksi dari warga maya Malaysia? Memang tak sangka!
Kenyataan tersebut telah menimbulkan rasa tidak sangka dari pengguna X di Malaysia kerana kebanyakan mereka menganggap ilmu hitam dari negara Thailand lebih menakutkan.
“Menariknya, kebanyakan orang Melayu menganggap ilmu hitam Thai sebagai yang paling menakutkan. Tak sangka pula korang yang takut dengan ilmu sihir kami (sihir Melayu),” balas seorang pengguna dari Malaysia.
Mungkin disebabkan imej ‘menakutkan’ sihir Thailand banyak dipengaruhi oleh filem seram mereka seperti Long Khong, yang memang cukup meremangkan bulu roma.
“Dulu tengok Long Khong cerita Thailand tu pun dah menggigil. Rupa-rupanya Malaysia punya lebih menakutkan.”
Namun, ada juga komen menyatakan ilmu sihir yang dianggap paling kuat bukan datang dari orang Melayu.
“Menurut cerita yang sering didengar dari kalangan pengamal perubatan Islam. Disebut bahawa bomoh yang kononnya dianggap ‘paling kuat’ atau sukar ditandingi berasal dari latar belakang Siam (Thai), Hindu dan orang Asli. Nak cancel memang kena pergi jumpa bomoh itu dan bayar lagi mahal dari si tukang minta hantar sihir.”
Walau bagaimanapun, benarlah kata seorang pengguna X ini,
“Kita semua takut dengan ilmu hitam masing-masing hahaha ini lawak betul.”
Baca juga: Doa Ketika Memasak Supaya Makanan Jadi Sedap, Sampai Suami Cium Tangan Dua Kali!
Sihir itu dosa besar
Di sebalik rasa lucu dan seram berkenaan kenyataan berbalas di X tersebut, jangan kita lupa bahawa ilmu sihir, walau di mana pun ia diamalkan adalah satu perkara yang diharamkan oleh semua agama, termasuk Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.
Sebagai orang Islam, kita diajar untuk menjauhi sihir kerana ia termasuk dalam perbuatan syirik, iaitu menyekutukan Allah SWT dan satu dosa besar yang amat berat balasannya.
Baca juga: Tular Peniaga Jual Daging Landak Di Media Sosial, Ternyata Ini Hukum Makan Haiwan Berduri Itu!
Sumber: X
FT Image: AI
