Euforia Bola 2026
Famili

“Patutlah Tak Dapat Anak!”- Isteri Cantik Rupanya Guna Susuk, Wajah Sebenar Buat Suami Terkejut Hingga Jatuh Talak!

ilmu hitam

Awalnya, siapa sangka seorang wanita boleh jadi terlalu cantik, sehingga sesiapa pun yang melihatnya pasti terpesona. Kulit halus, wajah menawan, senyuman memukau. Namun di sebalik kecantikan itu, tersembunyi amalan ilmu hitam yang akhirnya meragut segalanya termasuk rumah tangganya sendiri.

Kisah ini berlaku kepada sepasang suami isteri yang datang mencari ikhtiar kerana tidak dikurniakan zuriat. Mereka datang menemui arwah ibu kepada pencerita di laman Threads @ei_ni90, seorang perawat tradisional yang sering membantu orang kampung.

Baca juga: Buang Jarum Susuk Lepas Pakai? AWAS, Ritual Haram Ini Sangat Menyakitkan!

Rahsia Susuk Ilmu Hitam Yang Tersembunyi, Jadi Punca Ikhtiar Dapat Anak Tak Pernah Menjadi

ilmu hitam

Foto hiasan.

Pada mulanya, si isteri menafikan memiliki apa-apa ‘pemakai’. Tetapi suaminya berterus terang, meminta dia mengaku. Wanita itu tetap diam sehinggalah selepas beberapa rawatan, barulah arwah ibu dapat mengesan sesuatu.

Wanita ini mengamalkan ilmu cantik dengan susuk, satu amalan yang menyalahi hukum, tetapi masih menjadi rahsia kecantikan segelintir orang. Kesan susuk itu membuatkan wajahnya sentiasa muda, berseri dan menawan namun dengan bayaran yang amat mahal.

“Selagi susuk itu ada dalam tubuhnya, benih tidak akan melekat. Dia takkan dapat zuriat,” jelas arwah ibu.

Itulah sebabnya segala usaha mereka untuk mendapatkan anak tidak berhasil. Setelah berulang kali berubat di tempat lain tanpa hasil, akhirnya wanita itu bersetuju membuang susuknya. Walaupun wajahnya jelas menampakkan ketakutan, dia tetap nekad masuk ke bilik rawatan bersama perawat. Maka, bacaan ayat suci, air penawar, limau, dan telur digunakan dalam rawatan itu.

Keluar dari bilik, wajahnya masih sama cantik seperti biasa. Tiada tanda pelik. Tetapi itu cuma permulaan.

Kecantikan Palsu Terbongkar, Jadi Nenek!

ilmu hitam

Foto hiasan.

Beberapa minggu selepas rawatan, wanita itu muncul semula di rumah arwah ibu. Namun kali ini, penampilannya sungguh berbeza. Rambut kusut, wajah suram, kulit berkedut malah, anak-anak kepada perawat sendiri hampir tidak mengenali dia. Dalam esakan tangisan, wanita itu menceritakan sesuatu yang mengejutkan.

Suaminya terjaga dari tidur, mendapati seorang wanita asing, tua, berusia seperti 50 atau 60 tahun berada di sebelahnya. Wajah itulah wajah sebenar isterinya selepas susuknya ditarik keluar!

Lebih mengejutkan, wanita itu selama ini menggunakan kad pengenalan palsu dengan tarikh lahir yang dipalsukan, supaya usianya kelihatan lebih muda. Selama bertahun-tahun, si suami diperdaya dengan kecantikan yang bukan milik sebenar. Namun, suami itu tidak dapat menerima kenyataan.

“Saya tahu itu isteri saya… tapi saya jijik. Saya rasa tertipu!” kata suami.

Tidak lama selepas itu, rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian. Wanita itu datang merayu pada arwah ibu, meminta dibuatkan “pengikat” agar suaminya kembali kepadanya. Tetapi arwah ibu menolak.

“Dari awal lagi, kamu tahu kecantikan itu bukan milik kamu. Kamu pilih jalan itu, maka kamu kena redha,” pesan arwah ibu.

Wanita itu meraung, menuduh arwah ibu sebagai punca hidupnya musnah. Namun akhirnya dia hanya terduduk, menangis tanpa henti, sebelum berlalu pergi, hilang dari pandangan dan tidak pernah kembali lagi. Selepas bercerai, tiada siapa tahu apa yang terjadi padanya. Ada yang kata dia berpindah ke negeri lain, ada juga yang percaya dia masih mencari perawat untuk mengembalikan kecantikan lamanya.

Namun satu perkara pasti, kecantikan yang diperoleh dengan jalan ilmu hitam tidak pernah datang percuma. Ia menuntut bayaran, sama ada zuriat, kebahagiaan, mahupun kasih sayang orang yang tersayang. Mohon dijauhkan…

Baca juga: Suka Berbogel Atau Seksi Masa Tidur? Hati-Hati Jika Berlaku Gangguan Ini…

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×