Menurut pegawai penyiasat yang menerima laporan kes kanak-kanak autistik hilang memberitahu Mahkamah Sesyen, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manif kelihatan seperti tiada perasaan dan ‘kosong’ ketika membuat rakaman percakapan.
Saksi pendakwaan keempat, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin berkata, reaksi wanita itu dilihat ketika dia bertemu dengan Ismanira di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember 2023 untuk dirakam percakapan.
Baca juga: Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis Selepas Saksi Dedahkan Gambar Bedah Siasat Anak
IBU ZAYN RAYYAN ABDUL MATIN SEPERTI TIADA PERASAAN

Utusan
Inspektor Nina juga dilihat menangis dalam kandang saksi ketika memberi keterangan berhubung rakaman percakapan diambil dengan pengadu.
Aqharie: Selepas terima panggilan telefon, apa kamu dimaklumkan?
Nina: Saya dimaklumkan pengadu satu perempuan Melayu berumur 28 tahun nama Ismanira Abd Manaf mengatakan anaknya berumur enam tahun, kanak-kanak autisme, jantina lelaki telah hilang semasa berada di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai.
Aqharie: Selepas terima makluman, tindakan kamu?
Nina: Saya meminta bercakap dengan pengadu melalui panggilan telefon, selepas itu saya bercakap dan tanya satu soalan, sejak bila OH (Orang Hilang) hilang, OH merujuk kepada anaknya pemegang kad OKU autisme, semasa bercakap di telefon, pengadu memaklumkan kanak-kanak hilang sejak jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023.
Aqharie: Ketika kamu mengambil rakaman percakapan pengadu bernama Ismanira ini bagaimana keadaan pengadu?
Nina: Semasa rakaman percakapan saya ada bertanyakan beberapa soalan kepada pengadu, pengadu tak dapat jawab soalan saya.
Aqharie: Soalan saya tadi, bagaimana keadaan pengadu ketika rakaman percakapan?
Nina: Keadaan pengadu ketika itu seperti kosong
Aqharie: Apa maksud kosong?
Nina: Pertanyaan saya tidak dijawab, maksud kosong itu adalah tiada perasaan, tiada sebarang reaksi ketika itu.
Selain itu, hakim dan pihak yang terbabit dalam kes perbicaraan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa mengabaikan anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin, akan melawat kawasan persekitaran Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Namun Mahkamah Sesyen memaklumkan masa dan tarikh melawat kawasan itu belum ditetapkan.
Prosiding di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bersambung hari ini.
Sumber: Harian Metro
