Euforia Bola 2026
Asuh

Pentingnya Rakam Anak Kena Sawan, Tapi Lelaki Ini Tak Setuju & Dikritik Bagi Idea Masuk Paracetamol Ke Punggung!

anak sawan

Anak sawan adalah antara situasi paling mencemaskan buat ibu bapa. Namun, sebuah perbincangan di Threads baru-baru ini mendedahkan bahawa masih ramai yang keliru tentang apa tindakan yang betul, dan ada juga yang melakukan langkah yang boleh membahayakan anak tanpa sedar.

Baca juga: [VIDEO] “Penatlah Baik M*ti…” Murid Darjah 1 Teresak-Esak Luah Pada Ibunya Ekoran Penat Dibuli Di Sekolah!

KENAPA KENA RAKAM BILA ANAK SAWAN

anak sawan

Segalanya tercetus selepas tular tangkap layar komen ditinggalkan pengguna @fitrienrico88 seperti gambar di atas.

Komen tersebut mengundang pelbagai reaksi kerana ia mengandungi beberapa maklumat yang tidak tepat, terutama tindakan menyumbat panadol ke dalam dubur ketika sawan.

Pemilik akaun @iezninayun_ kemudian tampil membuat hantaran menjawab kekeliruan tersebut,

“Kenapa eh? Dah nak masuk tahun 2026, masih ada lagi yang tak faham betapa pentingnya rakam bila anak sawan. Sebab doktor memang akan minta video. Bukan saja-saja rakam ya.”

Dia turut menyenaraikan langkah yang betul ketika anak sedang sawan:

  1. Bila anak sawan, pusing anak mengiring ke kiri, “JANGAN DUKUNG ANAK TENGAH SAWAN.”
  2. Jangan letak apa-apa dalam mulut anak.
  3. Rakam.
  4. Tengok jam dan kira berapa lama sawan berlangsung.
  5. Bila anak nampak stabil, terus bawa ke hospital.

Hantaran itu turut menyindir maklumat yang salah, “Anak tengah sawan nak sumbat ubat bontot? Weiiii apoooooo.”

Baca juga: Cekak Pinggang Pun Tak Jalan, Doktor Ajar 5 Cara Didik Anak Lelaki Supaya Patuh Dengar Arahan

Hantaran itu mendapat pelbagai respons daripada pengguna lain yang tampil memberi nasihat lebih sahih dan berdasarkan pengalaman.

Seorang pengguna menulis:

“Satu lagi penambahan, semasa anak sawan mengiringkan badan, dongakkan sedikit dagu supaya saluran pernafasan tak tersekat. Kalau kepala dia ke bawah, kemungkinan dia tak dapat oksigen mencukupi. Saya cakap macam ini sebab saya sendiri ada sawan. Harap dapat membantu.”

Seorang lagi mengesahkan apa yang dinyatakan @iezninayun_:

“Betul. Anak saya pernah sekali. Memang doktor minta rakam ye, RAKAM…”

Ada juga yang mengingatkan soal masa:

“Make sure time-kan limit 5 minit. Lebih 5 minit terus call ambulance.”

Ramai turut menegur ibu bapa agar lebih berhati-hati dan menambah ilmu asas kecemasan:

“Harapnya ibu-ibu educate diri sendiri. Bukan suka-suka rakam anak sawan, jangan suka-suka sumbat panadol. Jadilah ibu yang bijak.”

Dan seperti biasa, ada juga teguran yang agak ‘pedas’:

“Mana boleh sumbat ubat bontot!! Kena mengiringkan anak sampai dia habis sawan. Jenis sewel ni tolong jangan memandai bagi tips plis. Pupus lah dikau wahai fitrie*******.”

Perbincangan ini membuka mata bahawa ramai ibu bapa masih keliru tentang tindakan kecemasan yang betul ketika anak sawan. Salah langkah boleh mengundang bahaya, dan maklumat palsu boleh memburukkan keadaan.

Baca juga: Ibu Tergamam Anak Ada ‘Simpanan Rahsia’, Dalam Beg Sekolah Padat Dengan Wang Tunai RM767!

Sumber: Threads @iezninayun_

FT Image: MalaysiaGazatte

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×