Euforia Bola 2026
Asuh

Bayi 2 Bulan Disyaki Didera Ibu Ayah Kini Bertarung Nyawa Di Hospital, Tergamaknya!

mendera bayi

Terkini, media melaporkan sepasang suami isteri muda direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Seksyen pada Rabu kerana disyaki mendera bayi lelaki mereka yang berusia dua bulan hingga parah dalam kejadian di Sungai Petai, Alor Gajah.

Pasangan tersebut, masing-masing berusia 22 tahun dan merupakan penganggur ditahan polis pada jam 7.30 malam Selasa lalu sebelum dibawa ke mahkamah pada jam 9.15 pagi Rabu.

Baca juga: Ibu Dedah Anak Hampir Juling, Lepas Perasan Sering Buat Gaya Pelik Bila Nak Fokus!

MENDERA BAYI HINGGA PARAH

mendera bayi

Pasangan suami isteri ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di Melaka, pada Rabu.

Mangsa sedang bertarung nyawa akibat pendarahan dalam kepala!

Hakim Haderiah Siri membenarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek bermula Rabu hingga Selasa depan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sinar Harian melaporkan bahawa bayi tersebut kini bertarung nyawa di Hospital Melaka akibat mengalami pendarahan dalam kepala, luka dan lebam selepas dipercayai didera.

Menurut sumber, insiden menimpa bayi tunggal pasangan itu terbongkar selepas si ibu membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah dengan mendakwa bayi tersebut mengalami sawan.

Sebaik tiba di hospital, bayi malang itu didapati tidak sedarkan diri sebelum wanita berkenaan menghilangkan diri, dipercayai pulang ke rumah. Bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Melaka.

“Pemeriksaan oleh doktor pakar menemui kesan lebam dan luka pada badan serta leher bayi, selain pendarahan lama dan baharu dalam kepala,” katanya.

Baca juga: Penyakit HFMD Kembali ‘Menyerang’, Ketahui 10 Tanda Ini Agar Cepat Terima Rawatan!

Bapa tepuk dada mangsa berulang & si ibu hempas ke lantai

Tambahnya, doktor yang merawat telah membuat laporan polis selepas mengesyaki bayi tersebut menjadi mangsa penderaan. Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU), Hospital Melaka.

Difahamkan juga, si bapa turut menepuk dada bayi tersebut beberapa kali kerana berang dengan tangisannya, manakala si ibu disyaki telah menghempas bayi itu ke lantai.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memaklumkan bahawa kedua-dua ibu bapa mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Baca juga: “Pemikiran Kolot Suka Pukul Anak,” Neelofa Lantang Menentang Didikan Tersebut!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian / wirestock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×