Euforia Bola 2026
Famili

Terbongkar Selepas Bertahun-Tahun, Remaja Dakwa Jadi Mangsa R*gol Bapa Sejak Usia 6 Tahun

rogol anak

Seorang lelaki tempatan ditahan polis pada sabtu lalu selepas disyaki melakukan jenayah seksual iaitu rogol anak kandungnya sendiri dalam satu kes yang mengejutkan masyarakat.

Baca juga: Doktor Sahkan Janin Cacat, Boleh Terus Gugurkan Kandungan? Ini Penjelasan Mufti Yang Ramai Masih Tak Tahu

BAPA ROGOL ANAK KANDUNG SEJAK USIA 6 TAHUN DITAHAN

rogol anak

Foto: Polis Diraja Malaysia

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu kira-kira jam 6 petang pada Sabtu.

Menurutnya , tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada 15 Jun lalu.

Katanya, mangsa mendakwa kejadian terbaharu berlaku pada 29 Mei lalu kira-kira jam 12 tengah hari ketika dia berada di rumah bersama adik perempuannya sebelum dipanggil oleh bapanya masuk ke dalam bilik tidur.

Difahamkan, suspek kemudian dipercayai melakukan perbuatan seksual terhadap mangsa sebelum memberi amaran supaya perkara tersebut tidak diceritakan kepada sesiapa.

Dakwa perbuatan berlaku sejak usia enam tahun

rogol anak

Foto: Gemini

Hasil siasatan awal polis mendapati perbuatan itu dipercayai bukan kali pertama berlaku.

Menurut Zahril Asri, mangsa mendakwa kejadian berkenaan telah berlaku sejak dia berusia enam tahun lagi, menjadikan penderitaan yang dialaminya berlarutan selama bertahun-tahun.

Beliau berkata, mangsa juga dipercayai berdiam diri kerana bimbang dan takut selepas diberikan amaran oleh suspek.

Akibat kejadian yang dialami, mangsa kini dilaporkan mengalami trauma serta kemurungan dan memerlukan sokongan serta perhatian sewajarnya.

Susulan penahanan itu, polis telah mengemukakan permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Setiu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula 21 Jun hingga 27 Jun ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Kes ini sekali lagi menjadi peringatan kepada masyarakat tentang pentingnya perlindungan terhadap kanak-kanak dan remaja daripada sebarang bentuk penderaan, termasuk yang berlaku dalam lingkungan keluarga sendiri.

Pakar-pakar sering menegaskan bahawa mangsa penderaan seksual, terutamanya kanak-kanak, cenderung untuk berdiam diri dalam tempoh yang lama kerana perasaan takut, malu atau bimbang tidak dipercayai.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang bentuk penderaan atau eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak disaran segera melaporkannya kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Baca juga: Malaysia Kekal No.1 Sebagai Destinasi Pilihan Pelancong Mesra Muslim Di Dunia, 11 Tahun Berturut-Turut!

Sumber: Sinar Harian 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×