Euforia Bola 2026
Famili

Padah Jenayah ‘Haruan Makan Anak’, Bapa Dihukum Penjara 165 Tahun & Sebatan Rog*l 2 Anak Kandung!

hukuman penjara

Seorang lelaki di Sabah akhirnya menerima hukuman penjara yang sangat berat selepas mengaku bersalah atas kesalahan merogol dua anak kandungnya sendiri. Ia merupakan satu jenayah yang bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi turut merosakkan masa depan mangsa.

Kejadian itu terbongkar selepas kedua-dua mangsa tampil membuat laporan polis, sekali gus membawa kepada penahanan suspek dan prosiding mahkamah yang berakhir dengan hukuman tegas terhadap pelaku.

Baca juga: Pakar Psikiatri Forensik Jelas Cara Kematian Zara Qairina, Konsisten Dengan Tindakan Akhiri Nyawa Sendiri

BAPA DIJATUHI  HUKUMAN PENJARA 165 TAHUN DAN SEBATAN

hukuman penjara

Gambar Sinar Harian: Tertuduh (tengah) diiringi polis ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Lahad Datu pada Rabu.

Seorang lelaki berusia 54 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 165 tahun serta dikenakan sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dua anak kandungnya di Mahkamah Sesyen pada Rabu.

Tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suhaila Selag.

Sebelum itu, lelaki berkenaan didakwa atas 11 pertuduhan merogol dua anaknya. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan yang dijalankan secara berasingan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman sebat sebanyak 10 kali bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman yang dikenakan amat berat sebagai pengajaran atas jenayah yang dilakukan.

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan oleh Muhammad Shahril Haja Mohaideen bersama pegawai penyiasat, Inspektor Malati Labpak.

Baca juga: Tragis! Leher Terkena Bilah Sabit Ketika Tunggang Motosikal, Pelajar Kolej Maut & Rakan Cedera Di Tangan!

hukuman penjara

Mangsa dipaksa sejak usia remaja dengan ugutan

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau memaklumkan bahawa lelaki tersebut ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua anaknya sendiri di Balai Polis Tawau pada 22 Mac lalu.

“Suspek ditahan kerana merogol dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 25 dan 22 tahun di beberapa tempat di Lahad Datu dan Tawau.

“Kedua-dua mangsa menjadi mangsa sejak berusia 15 dan 18 tahun apabila sering dipaksa melakukan hubungan seks dengan ugutan akan dipukul jika tidak menuruti kehendak suspek,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau lagi, suspek kemudian dituduh di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Lahad Datu.

“Suspek didakwa atas lima pertuduhan merogol anaknya yang berusia 25 tahun manakala enam pertuduhan merogol anaknya berusia 22 tahun selain turut didakwa satu lagi pertuduhan merogol seorang wanita.

“Kesalahan suspek boleh membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan jika disabitkan bagi setiap kesalahan,” katanya.

Baca juga: Memancing Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak 12 Tahun Meninggal Dunia Terjatuh Loji Air

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×