Euforia Bola 2026
Nur

Jatuh Cinta Itu Fitrah, Tapi Boleh Ke Dalam Islam Wanita Mula & Luahkan Perasaan Dulu Dekat Lelaki?

luah perasaan

Dalam dunia moden hari ini, budaya luah perasaan, confess atau menyatakan perasaan cinta terlebih dahulu kepada seseorang yang disukai semakin menjadi fenomena, termasuk dalam kalangan wanita.

Namun, timbul persoalan yang timbul adalah bagaimana sebenarnya pandangan Islam terhadap perempuan yang mengambil langkah berani menyatakan cintanya kepada lelaki terlebih dahulu?

Baca juga: Syukur! Rantai Emas Hilang Bernilai RM600 ‘Dipulangkan’ Semula Selepas Ikhtiar Baca 7 Doa Ini

WANITA LUAH PERASAAN KEPADA LELAKI TERLEBIH DAHULU, APA HUKUM DALAM ISLAM?

luah perasaan

Foto: freepik

Jawapannya, Islam tidak pernah mengharamkan perbuatan tersebut. Namun, ada beberapa adab dan pertimbangan yang perlu dijaga agar cinta tidak membawa kepada hal-hal yang dilarang agama.

1. Cinta dalam Islam: Perasaan Suci yang Diakui

Cinta adalah fitrah manusia. Ia tidak selalu terlihat dari sikap, bahkan kadang-kadang orang yang dicintai langsung tidak mengetahui isi hati kita. Rasulullah SAW bersabda:

“Jika salah seorang dari kalian mencintai saudaranya, maka beritahukanlah kepadanya.”– (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Hadis ini menunjukkan bahawa menyatakan cinta bukanlah sesuatu yang salah, malah ia boleh menjadi amalan mulia jika dilakukan dengan cara yang betul.

2. Adakah Perempuan Boleh Confess?

Dalam sejarah Islam sendiri, terdapat kisah wanita yang menyatakan hasratnya kepada Rasulullah SAW dengan penuh adab. Bahkan, dalam kitab Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah disebutkan:

“Diperbolehkan bagi wanita untuk menawarkan dirinya kepada seorang lelaki atau menyampaikan rasa cintanya kerana kesolehannya, ilmunya, kemuliaannya, atau akhlaknya. Dan hal itu tidak menjatuhkan kehormatan wanita tersebut..”

Namun, sebaik-baiknya confess dilakukan melalui perantara, sama ada keluarga, sahabat, atau orang yang dipercayai. Tujuannya ialah menjaga maruah diri serta mengelakkan fitnah.

Mengapa Perempuan Disarankan Tidak Confess Secara Langsung?

luah perasaan

Foto: freepik

Walaupun Islam membenarkan, terdapat beberapa alasan mengapa perempuan sebaiknya tidak terus terang menyatakan cintanya kepada lelaki:

1. Rasa Malu Adalah Mahkota Wanita

Malu adalah perhiasan paling indah bagi seorang wanita. Semakin ia menjaga rasa malunya, semakin tinggi martabatnya di sisi Allah SWT.

2. Fokus Pada Perbaikan Diri

Jalan terbaik menjemput jodoh adalah dengan memperbaiki diri – menambah ilmu agama, mengembangkan potensi diri, mengejar cita-cita dan menjadi wanita yang berkualiti.

3. Diam Pun Bisa Bernilai Ibadah

Ada riwayat yang menyebutkan:

“Barang siapa jatuh cinta lalu memendamnya, menjaga dirinya, dan meninggal dalam keadaan itu, maka ia mati syahid.”- (Faidh Al-Qadiir VI/233)

4. Fitrah Lelaki Untuk Berjuang

Lelaki secara fitrah adalah pihak yang mengejar. Jika perempuan yang memulakan, kadangkala naluri lelaki untuk berusaha boleh berkurang.

5. Meneladani Sifat Khadijah

Sayidatina Khadijah r.a. sangat mencintai Rasulullah SAW, tetapi tidak menyatakannya secara langsung. Beliau menggunakan perantara keluarga untuk menyampaikan hasrat baiknya, dengan penuh adab dan kehormatan.

Baca juga: Hukum Wanita Zumba Di Tempat Terbuka, Ustazah Asma’ Jelas Batas Supaya Tak Timbul Fitnah

Sumber: Berita Islam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×