Euforia Bola 2026
Nur

Hukum Pancut Air Mani Di Luar Rahim Ketika Senggama, Islam Benarkan Ke?

pancut air mani

Ada segelintir pasangan memilih untuk melakukan pancut air mani di luar rahim dek kerana beberapa faktor yang tidak diduga. Namun, tahukah anda perbuatan pancut di luar itu sebenarnya bukanlah amalan yang digalakkan atau diterima baik oleh Baginda SAW.

Akan tetapi, terdapat beberapa sebab yang dibenarkan dalam syarak. Sebelum pembaca Sirap Limau terburu-buru membuat kesimpulan, mari ikuti penerangan lanjut seperti di bawah!

Baca juga: Di Majlis Keramaian, Islam Larang Duduk Semula Bila Selesai Makan & Ini Sebabnya!

PANCUT AIR MANI DI LUAR RAHIM ISTERI

pancut air mani

Gambar: freepik

Perbuatan mengeluarkan air mani di luar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azl (العَزْلُ). Ia juga dikenali sebagai senggama terputus atau coitus interruptus.

Ia merupakan salah satu alternatif untuk mengelakkan dari kehamilan atas sebab-sebab tertentu seperti menjarakkan umur anak, takutkan kemiskinan dan lain-lain. Hal ini telah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Di dalam riwayat lain pula daripada Jabir bin Abdillah R.A, katanya:

كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ فَبَلَغَ ذَلِكَ نَبِيَّ اللَّهِ ﷺ فَلَمْ يَنْهَنَا

Maksudnya: “Kami selalu melakukan ‘azl ketika zaman Rasulullah SAW masih hidup dan Baginda mengetahuinya, tetapi Baginda tidak pernah menghalang kami melakukannya.” Riwayat al-Bukhari (5207) dan Muslim (1440)

Dapat difahami daripada hadith Jabir bahawa mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Rasulullah SAW masih hidup dan semasa al-Quran masih diturunkan. Selain itu, ingin dimaksudkan bahawa perbuatan tersebut tidak dilarang oleh syarak.

Baca juga: Hukum Cakap Tak Best Atau Suami Tak Pandai Layan Masa ‘Bersama’, Berdosa Jika Suami TERASA HATI!

Pancut luar amalan tidak digalakkan Baginda SAW

Meskipun ia pernah dilakukan oleh sahabat semasa hayat Rasulullah SAW, tidak bermakna ia merupakan amalan yang digalakkan atau diterima baik oleh Baginda SAW.

Diriwayatkan daripada Sa‘id al-Khudri R.A bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ كُلِّ الْمَاءِ يَكُونُ الْوَلَدُ، وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ خَلْقَ شَيْءٍ لَمْ يَمْنَعْهُ شَيْءٌ

Maksudnya: “Tidak semua air mani itu diperlukan untuk menjadi seorang bayi. Dan apabila Allah ingin menciptakan sesuatu, tiada apa yang dapat menghalang-Nya.” Riwayat Muslim (1438)

Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan, Rasulullah SAW tidak melarang secara jelas perbuatan ‘azl itu, akan tetapi Baginda SAW memberi isyarat bahawa sebaiknya perbuatan tersebut ditinggalkan kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah. Allah SWT Maha berkuasa menciptakan anak tersebut. (Lihat Fath al-Bari, 9/307)

Baca juga: Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadan 2025, Seluruh Negeri Di Malaysia! (Lengkap)

Kesimpulan

Perbuatan mengeluarkan air mani di luar rahim ini adalah dibolehkan jika mempunyai sebab-sebab yang kuat dan mencapai salah satu dari maqasid syariah yang lima iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta.

Namun, jika perbuatan tersebut dilakukan kerana takut jatuh miskin atau disempitkan rezeki, maka ini bertentangan dengan kehendak syarak. Hal ini kerana, ia menyerupai amalan Jahiliyyah yang membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin.

Sedangkan Allah SWT telah berfirman:

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.” (Surah al-Isra’: 31)

Ketahuilah bahawa rezeki itu milik Allah SWT, dan perancangan keluarga kerana takutkan kemiskinan merupakan salah satu bentuk berburuk sangka kepada Allah SWT. Maka yang sepatutnya bagi seseorang mu’min itu bertawakal kepada Allah kerana Dia lah sebaik-baik pemberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang diingini.

Baca juga: Timbul Rasa JEMU Pada Pasangan? Jangan Tewas Dulu, Ini Doa Terbitkan Kembali Rasa Cinta!

Sumber: Maktabahalbakri

FT Image: lifeforstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×