Euforia Bola 2026
Nur

Hukum Melihat Kemaluan & Najis Ketika Buang Air, Ini Penjelasan Yang Jelas Daripada Ustaz

melihat kemaluan

Perlunya untuk orang ramai mengambil berat soal adab ketika membuang air kerana ia juga termasuk dalam perkara yang diajar oleh agama. Salah satu persoalan yang sering timbul ialah tentang melihat kemaluan dan najis ketika sedang qada hajat. Adakah ia dibenarkan, makruh atau haram?

Seorang individu pernah bertanya kepada seorang ustaz, “benarkah dilarang melihat najis dan kemaluan sendiri ketika buang air?” Isu ini mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya termasuk dalam perkara yang dibahaskan oleh para ulama dan ikuti penjelasan lanjut dari Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga: Pelupa Bila Belajar? Cuba Amalkan 5 Doa Mudah Hafal Ini Hari-Hari, Otak Jadi Lebih Tajam!

HUKUM MELIHAT KEMALUAN & NAJIS KETIKA MEMBUANG

melihat kemaluan

Gambar: macrovector

Larangan ketika istinjak

“Mintak maaf ustaz saya nak bertanya soalan. Saya ada dengar orang kata ketika sedang buang air diharamkan melihat kepada najis dan kemaluan. Adakah benar? Mohon penjelasan dari ustaz.”

Bermula setengah dari perkara yang makruh ketika qada hajat sama ada lelaki atau perempuan ialah melihat kemaluan tanpa hajat dan begitu juga hukumnya melihat kepada najis.

Berkata Imam Abu Al-Husain Al-Yamani As-Syafie:

ويستحب لمن كان في قضاء حاجته أن يقنع رأسه، ولا ينظر إلى فرجه، ولا إلى ما يخرج منه

“Dan disunatkan bagi orang yang sedang buang air bahawa menutup ia akan kepalanya dan tidak melihat kepada kemaluannya dan tidak melihat kepada najis yang keluar darinya.” (Kitab Al-Bayan fi Mazhab Al-Imam As-Syafie)

Bermula maksud dilarang itu ialah makruh bukannya haram.

Baca juga: Risau Ramai Islam Terjebak Trend “S-Line” Simbol Pengalaman Seksual, Seakan Bangga Dedah Aib!

Berkata Imam Nawawi:

وَيُسْتَحَبُّ أَنْ لَا يَدْخُلَ الْخَلَاءَ حَافِيًا. وَلَا مَكْشُوفَ الرَّأْسِ، وَأَنْ لَا يَنْظُرَ إِلَى مَا يَخْرُجُ مِنْهُ، وَلَا إِلَى فَرْجِهِ

“Dan disunatkan atas seorang itu tidak masuk ke dalam tandas dengan tidak menutup kepalanya dan bahawa tidak ia melihat kepada najis yang keluar daripadanya dan tidak melihat kepada kemaluannya.” (Kitab Ar-Raudhah At-Talibin)

Kesimpulan

Ketika sedang buang air dimakruhkan melihat kepada kemaluannya, melainkan kerana hajat seperti hendak memastikan bersih atau seumpamanya.

Jika seorang melakukannya juga iaitu melihat kepada kemaluannya, maka hukumnya adalah makruh bukannya haram.

Baca juga: Mufti Kata Haram Batalkan Solat Disebabkan Anak Menangis, Ini Penjelasannya!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×