Tular di media sosial satu rakaman memaparkan tindakan dipercayai dilakukan oleh seorang pelancong asing yang membiarkan anaknya buang air besar di dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads oleh pengguna dikenali sebagai @Oklatuu700, pasangan terbabit didakwa tidak membawa anak mereka ke tandas walaupun kemudahan itu berada berhampiran.
Baca juga: Anak Boleh Simpan Luka Walaupun Diam, Elak Sebut 5 Perkara Ini Bila Depan Mereka… Boleh Trauma!
ANAK BUANG AIR BESAR DALAM TONG SAMPAH DI KLIA

Sebaliknya, kanak-kanak tersebut dilihat membuang air di dalam tong sampah yang disediakan di kawasan lapangan terbang.
“Ke manakah adab manusia ini? Padahal tandas dekat je untuk bawa anak membuang air besar. Boleh suka-suka biarkan anak buang najis yang busuk di tong sampah ni.
“Kasihan pekerja pembersihan nak kena bersihkan tong sampah dan kasihan penumpang kena hadap bau busuk?,” katanya pada hantaran tersebut.
Menurut individu yang memuat naik perkongsian itu, wanita berkenaan dipercayai terus menuju ke tandas untuk mencuci tangan selepas anaknya selesai membuang air di dalam tong sampah.
“Patut kena tindakan khidmat masyarakat ke kalau macam ini? Tolong lah beradab sikit di tempat awam. Jangan jadi pengotor,” tambahnya.
KASIHAN TUGAS KEBERSIHAN…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan tersebut yang disifatkan tidak menghormati kebersihan di tempat awam. Ramai turut bersimpati dengan petugas pembersihan yang terpaksa mengendalikan sisa berkenaan.

“Memang perangai mereka macam itu. Dulu masa kerja airport pun mereka kencing dalam paper bag duty free. Kemudian letak bawah kerusi dalam boarding gate.
“Terus saya cakap pergi buang benda ni sekarang dalam tong sampah. Dia buat tak tahu dan nak marah,” kata Zainularifin_mansuri.
” Saya rasa mungkin perkara itu dianggap biasa di negara mereka. Pernah ketika saya melancong ke China, saya menaiki sebuah bot. Tiba-tiba, seorang lelaki warga emas menurunkan seluar cucunya dan membiarkan kanak-kanak itu membuang air kecil di situ juga. Memang saya tergamam dan terkejut,” tambah Clara Lee.
Sumber: Threads Oklatuu700
