Euforia Bola 2026
Sihat

“Boleh Jadi Punca Trauma, Jangkitan”- Isu Khatan Bayi Perempuan Kembali Hangat, Katanya Tiada Manfaat?

khatan bayi perempuan

Isu khatan bayi perempuan tiba-tiba menjadi perbincangan hangat dalam kalangan ibu bapa apabila timbul pelbagai pandangan berbeza antara tuntutan agama, adat turun-temurun, dan pandangan perubatan moden.

Bagi sebahagian masyarakat terutamanya dalam Islam, amalan ini dianggap warisan keluarga yang diamalkan sejak dahulu lagi. Namun, dari sudut kesihatan, pakar menjelaskan bahawa prosedur ini tidak memberikan sebarang manfaat terbukti kepada perkembangan bayi perempuan.

Baca juga: Bapa Terkejut Tengok CCTV Anak Dikasari, Kena ‘Heret Macam Lembu’ Oleh Pembantu Rumah!

KHATAN BAYI PEREMPUAN TIADA MANFAAT DARI SEGI KESIHATAN?

khatan bayi perempuan

Pakar Pediatrik dan Kesihatan Kanak-Kanak, Dr. Nisa Khalil, menegaskan bahawa khatan bayi perempuan boleh membawa beberapa risiko jika dilakukan sejak awal kelahiran.

Menurut beliau, dari perspektif perubatan, prosedur ini tidak terbukti memberi sebarang manfaat kesihatan, sebaliknya berpotensi menyebabkan:

  • Jangkitan pada bahagian alat sulit.
  • Kesakitan jangka pendek dan sensitiviti berlebihan pada masa depan.
  • Trauma fizikal serta emosi.

“Di Malaysia, amalan ini biasanya hanya melibatkan sedikit cubitan atau torehan kecil pada clitoral hood. Ia sering dilakukan di klinik atau oleh bidan, kebiasaannya sebelum anak berusia dua tahun. Walaupun nampak tidak berbahaya, kita harus bertanya — adakah ia benar-benar perlu? Adakah ia selamat?” ujar Dr. Nisa menerusi hantaran di Threads.

Tambah beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengklasifikasikan khatan perempuan sebagai sebahagian daripada Female Genital Mutilation (FGM).

Pandangan dari Sudut Agama

khatan bayi perempuan

Foto: freepik

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa amalan ini sudah wujud sejak zaman Rasulullah SAW dan diakui pada era tersebut. Dalam mazhab al-Syafie, pendapat masyhur Imam al-Syafie menetapkan hukumnya wajib, manakala terdapat pandangan lain yang mengatakan ia sunat.

Huraian hukum menurut mazhab:

  • Mazhab Syafie: Wajib (pendapat masyhur).
  • Mazhab Ahmad bin Hanbal: Wajib.
  • Mazhab Hanafi & Maliki: Sunat dan tidak wajib.

Al-Quran juga menegaskan agar umat Islam mengikuti ajaran Nabi Ibrahim A.S., seperti firman Allah SWT:

ثُم أوحينا إِليك أنِ اتبِع مِلة إِبراهِيم حنِيفا ۖ وما كان مِن المُشرِكِين

Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim yang lurus; dan tiadalah ia dari kalangan orang-orang musyrik.

Bagaimanapun, para ulama sepakat bahawa sekiranya dilakukan, ia tidak boleh memudaratkan, tidak mengubah bentuk asal organ, dan perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati.

Kesimpulannya, walau apa pun pandangan yang dipegang, keselamatan serta kesejahteraan anak mesti menjadi keutamaan. Keputusan harus dibuat secara berinformasi, penuh pertimbangan, dan demi kebaikan masa depan anak.

Baca juga: Nak Tegur Anak, Boleh…Tapi JANGAN PUKUL Di 7 Bahagian Tubuh Ini Untuk ‘Selamatkan’ Otak Mereka!

Sumber: Thread, Mufti WP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×