Dalam Islam, setiap bentuk interaksi antara sesama manusia memiliki batasan syariah, termasuk dalam menunjukkan kasih sayang. Salah satu perbuatan yang sering dipertanyakan hukumnya adalah ciuman mulut ke mulut antara sesama lelaki kerana difikirkan bahawa tiada batasan aurat.
Namun ternyata, masih banyak perkara yang perlu dipelajari khususnya umat Islam mengenai hal ini supaya tidak tersalah dalam tindakan.
Baca juga: Hukum Seorang Wanita Membeli Baju Raya Sebelum Ramadan Adalah BERDOSA, Sekiranya…
HUKUM CIUMAN MULUT KE MULUT ANTARA LELAKI, INGATKAN TAK HARAM?

Foto hiasan: Freepik
Sebelum ini pernah gempar tentang seorang individu berkongsi video-video mencium mulut adik angkat yang terdiri dalam kalangan kanak-kanak di media sosial dan aksi mengundang perasaan jijik orang ramai. Jadi, berikut merupakan pencerahan dari pihak Mufti Wilayah Persekutuan.
Menurut Mufti, hukum lelaki mencium mulut sesama lelaki, atau perempuan mencium mulut sesama perempuan dengan syahwat atau tanpa syahwat adalah haram dan dilarang oleh syarak. Adapun mencium lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan selain daripada mulut tanpa syahwat atas tujuan untuk berbuat baik ataupun memuliakan kerana perasaan rindu ketika berjumpa atau berpisah adalah dibenarkan.
Berbeza hukumnya dengan lelaki amrad yang merangsang syahwat, tidak dibenarkan berjabat tangan dengannya apatah lagi menciumnya dengan tujuan berseronok (istimta’). Manakala sekiranya mencium amrad pada bahagian telapak tangan, kepala dan dahi (bukan bahagian mulut) yang tidak meransang syahwat atas tujuan untuk berbuat baik atau memuliakannya adalah dibenarkan, namun meninggalkannya adalah lebih baik.
PERBUATAN MENCIUM ANTARA AHLI KELUARGA PUN ADA BATASNYA

Foto: Freepik
Ulama’ banyak membincangkan tentang hukum mencium antaranya hukum mencium ahli keluarga atau mahram. Dan perbuatan mencium antara mahram seperti seorang ayah mencium anak perempuannya atau seorang ibu mencium anak lelakinya atau seorang abang mencium adik perempuannya adalah tidak boleh pada mulut kerana perbuatan tersebut khusus untuk suami isteri sahaja.
Manakala sekiranya perbuatan mencium tersebut dilakukan pada dahi atau kepala maka ianya dibolehkan sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan al-Hakim bahawa Rasulullah s.a.w mencium Fatimah selepas pulang daripada peperangan.
كان النَّبِيُّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – حِينَ قَدِمَ مِنْ الْغَزْوِ فَقَبَّلَ فَاطِمَةَ
Maksudnya: Nabi s.a.w ketika pulang daripada peperangan maka baginda mencium Fatimah- (Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim)
Hadis tersebut menunjukkan keharusan untuk mencium sesama mahram. Namun menurut Ibn Muflih menyatakan bahawa perbuatan mencium tersebut tidak boleh dilakukan pada mulut tetapi boleh dilakukan pada dahi atau kepala.
وَلَكِنْ لَا يَفْعَلُهُ عَلَى الْفَمِ أَبَدًا: الْجَبْهَةِ أَوْ الرَّأْسِ.[1]
Maksudnya: Tetapi tidak boleh selama-lamanya untuk melakukannya (mencium) pada mulut: akan tetapi yang dibolehkan adalah pada dahi dan kepala- (Rujuk al-Adab al-Syar’iyyah 266/2)
Sebagaimana telah dijelaskan di atas bahawa perbuatan mencium pada mulut tidak dibenarkan bagi sesama jantina atau sesama mahram kerana perbuatan tersebut adalah dikhususkan untuk suami isteri sahaja. Tambahan lagi, mulut juga dikira antara sebahagian daripada erogenous zone iaitu bahagian tubuh yang sensitif dan boleh menyebabkan rangsangan seksual apabila disentuh.
Allah berfirman tentang kaum Nabi Luth yang dihancurkan kerana perbuatan homoseksual:
“Apakah kalian mendatangi laki-laki di antara manusia, dan kalian tinggalkan istri-istri yang diciptakan Tuhan untuk kalian? Bahkan kalian adalah kaum yang melampaui batas.” (QS. Asy-Syu’ara: 165-166)
Baca juga: Hukum Basuh Tangan Guna Air Sirap Kenduri, Penjelasan Ustaz Buat Netizen Sebut ‘Allahuakhbar’!
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
