Euforia Bola 2026
Asuh

Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!

mencium anak

Perbuatan mencium anak merupakan salah satu kelakuan rutin yang sering dilakukan ibu bapa untuk menunjukkan kasih sayang mereka. Namun, tahukah anda perbuatan tersebut memberikan impak yang besar kepada pemeluk dan juga penerima pelukan.

Sebagaimana bukti pengaktifan beberapa hormon selepas seorang neurosaintis bersama bayinya melakukan imej imbasan otak yang satu-satunya dalam dunia mengenai seorang ibu mencium bayi, seperti dikongsikan oleh Dr. Rizal Abu Bakar di bawah.

Baca juga: Gara-Gara Terima Surat Cinta, Noah Anak Bujang Angkasawan Negara Tak Nak Pergi Sekolah!

IMPAK HEBAT SELEPAS MENCIUM ANAK

mencium anak

Gambar: Dr. Rizal Abu Bakar

Saya sangat teruja dengan imej ini.

Satu-satunya imej brain scan dalam dunia mengenai seorang ibu mencium bayinya. Suatu yang sukar tetapi berjaya dilakukan, gambar yang sangat rare.

Gambar ini milik seorang neurosaintis Doktor Rebecca Saxe. Setelah beberapa kali mencuba beliau akhirnya berjaya tidurkan bayinya yang berusia 2 bulan. Ditidurkan dalam mesin imbasan.

Gambar ini adalah lambang kasih seorang ibu. Apabila Dr. Saxe mencium anaknya, bahagian otak yang keluarkan hormon oxytocin terus aktif seperti di dalam gambar.

Baca juga: Ibu Berdepan Detik Cemas & Ngeri Anak Kena SAWAN TARIK, Ini Tindakan Segera Perlu Diambil!

REMBESAN HORMON SELEPAS CIUM ANAK

1. Oxytocin

Oxytocin adalah hormon kasih sayang. Hormon cinta ibu bapa pada anak. Hormon kasih anak-anak pada ibu bapa.

Hormon yang sebabkan cucu-cucu mahu pulang ke kampung.

2. Dopamin

Bukan itu sahaja. Ciuman Dr. Saxe aktifkan bahagian reward system otak hingga otak keluarkan hormon dopamin iaitu the feel good hormon.

Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5

3. Vasopressin

Tidak cukup dengan dopamin otak juga keluarkan hormon vasopressin. Hormon ini kukuhkan lagi attachment anak ibu.

Sekiranya ciuman pada pasangan, ia akan romantiskan hubungan pasangan itu. Begitu hebatnya vasopressin.

4. Serotonin

Bab ciuman dari gambar ini belum habis lagi. Ada lagi satu hormon yang akan otak keluarkan.

Namanya serotonin. Hormon ini stabilkan mood manusia.

Baca juga: Jarang Keluar Main Punca Budak 5 Tahun Ada Kolesterol Tinggi, Dietitian Pesan Ini Pada Ibu Bapa!

Sumber: DrRizal Abu Bakar

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×