Euforia Bola 2026
Nur

Nak Buang Kucing? Fahami Dulu Hukumnya, Jangan Sampai Berdosa Besar!

hukum buang kucing

Hukum buang kucing sering menjadi persoalan dalam kalangan pencinta haiwan, khususnya apabila seseorang tidak lagi mampu atau selesa untuk memelihara kucing di rumah.

Menurut Mantan Pegawai Hal Ehwal Islam Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Faisol Haji Omar, hukum ini sebenarnya bergantung kepada keadaan dan niat seseorang.

Baca juga: Badal Haji Bukan ‘Bedal Haji’, Jangan Buat Main Dengan Amanah Orang Mati, Awas Penipuan Ini!

HUKUM BUANG KUCING

hukum buang kucing

Gambar hiasan Google.

Beliau menjelaskan bahawa secara asasnya, hukum membuang kucing adalah harus, selagi mana ia tidak mendatangkan bahaya atau menyebabkan kemudaratan kepada kucing tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya seekor kucing dilepaskan di kawasan pasar atau perumahan yang ramai orang dan mempunyai akses kepada makanan serta tempat berlindung, tindakan itu dibenarkan dalam Islam.

Baca juga: Jangan Keliru, Balu & Janda Tak Sama! Ini 3 Perbezaan Dari Segi Idah, Nafkah & Hak Pusaka

Namun begitu, hukum tersebut berubah menjadi haram jika tindakan membuang kucing membawa kepada kebinasaan atau penderitaan.

Contohnya, membuang kucing di kawasan terpencil yang berisiko seperti hutan yang dihuni ular berbisa atau di lebuh raya yang sibuk dan berbahaya.

Dalam kes ini, kucing berisiko tinggi untuk cedera, mati dilanggar atau mati kelaparan dan perbuatan itu dikira menzalimi haiwan.

Baca juga: Ditindih Masa Tidur Sebenarnya Gangguan Mistik Atau Mainan Otak? Buat Ramai Keliru!

Islam amat menekankan prinsip belas kasihan terhadap haiwan. Bahkan, Rasulullah SAW pernah menyebut tentang seorang wanita yang masuk neraka kerana mengurung seekor kucing tanpa memberi makan sehingga haiwan itu mati.

“Tambahan, pernah ada satu cerita di zaman Rasulullah SAW, seorang wanita mengurung kucing dan tidak memberi makan sehingga ia mati. Nabi SAW sifatkan wanita itu masuk neraka,” kongsi beliau.

Kisah ini memberi peringatan bahawa menyakiti haiwan, termasuk melalui pengabaian atau tindakan membuang yang tidak bertanggungjawab, adalah dosa besar.

Baca juga: Sakit Kepala Komitmen Lebih Dari Gaji, Pemuda Ini Lega Lepas Amalkan Doa Ini & Duit Sentiasa Cukup!

Dato’ Syeikh Faisol turut menekankan bahawa memelihara kucing bukanlah satu kewajipan, namun jika seseorang tidak lagi mampu menjaga dengan baik, lebih baik melepaskan kucing tersebut di tempat yang sesuai dan selamat.

Hal ini kerana, membiarkan kucing dalam penjagaan yang menyiksakan juga boleh membawa kepada dosa.

Kesimpulannya, membuang kucing bukanlah satu tindakan haram secara mutlak. Ia menjadi haram apabila dilakukan dengan cara yang membahayakan nyawa atau menyusahkan haiwan tersebut.

Maka, sebelum bertindak, pertimbangkan lokasi dan keselamatan kucing kerana dalam Islam, belas kasihan kepada makhluk adalah cerminan iman.

Baca juga: Solat Jemaah Sah Ke Kalau Imam Terlupa Mandi Wajib? Jawapan Ini Mungkin Mengejutkan!

Sumber: TikTok Dato’ Syeikh Faisol Haji Omar

FT Image: Oyen.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×