Bawa balik makanan kenduri mungkin dianggap perkara biasa dan tidak menjadi kesalahan. Namun, tanpa disedari, amalan ini sebenarnya mempunyai hukum tertentu yang perlu difahami oleh setiap tetamu yang dijemput.
Menurut penjelasan para ulama, seseorang yang dijemput menghadiri kenduri kahwin hanya diharuskan memakan makanan tersebut di tempat kenduri sahaja.
Baca juga: Jangan Suka-Suka Letak Sahaja! Ini 7 Jenis Pokok Yang Sesuai & Selalu Ditanam Di Sekeliling Kubur..
HUKUM BAWA BALIK MAKANAN KENDURI ATAU JAMUAN, INI PENJELASANNYA

Sekiranya tetamu ingin membawa pulang makanan ke rumah atau memberikannya kepada orang lain, wajib terlebih dahulu meminta izin daripada tuan rumah.
Jika makanan dibawa pulang tanpa keizinan, maka perbuatan tersebut dihukumkan haram. Bahkan, sekiranya makanan itu masih elok, ia wajib dipulangkan. Jika sudah dimakan, maka tetamu tersebut wajib membayar nilai harga makanan berkenaan.
Syeikh Ali As-Sobuni menjelaskan bahawa makanan yang dihidangkan kepada tetamu bukanlah diberi atas dasar pemilikan, sebaliknya hanya diizinkan untuk dimakan sahaja. Oleh itu, tetamu tidak berhak mengambil makanan tersebut untuk dibawa pulang atau memberikannya kepada pihak lain.
Beliau menyatakan bahawa keharusan makan itu tidak meliputi hak memiliki, apatah lagi mengambil atau mengagihkannya kepada individu yang tidak dijemput oleh tuan rumah.
Imam Al-Qurtubi pula menegaskan bahawa tetamu memakan makanan kenduri atas milik tuan rumah, bukan atas milik dirinya sendiri.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang hanya mengizinkan tetamu makan dan kemudian beredar, tanpa memberikan hak selain daripada itu. Selagi tidak ada izin, hak milik makanan tersebut kekal milik penganjur kenduri.
Sebagai kesimpulan, tetamu yang dijemput ke kenduri kahwin hanya diharuskan memakan makanan yang dihidangkan di tempat kenduri.
Haram untuk bawa balik makanan kenduri atau memberikannya kepada orang lain tanpa keizinan tuan rumah. Amalan menjaga adab sebagai tetamu bukan sahaja mencerminkan akhlak yang baik, malah memastikan kita tidak terjerumus dalam perkara yang dilarang oleh syarak.
Baca juga: Amalkan Doa INI Setiap Hari, InsyaAllah Fikiran Kotor & Negatif Akan Hilang Perlahan-Lahan…
Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus
